MalaysiaPilihan Editor

MENJELANG PRU15: BN Tampil 70 Peratus Muka Baharu, Termasuk 30 Peratus Dari Wanita

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

70 peratus muka baharu !

30 peratus Wanita !

Friends of BN juga akan diberi peluang bertanding !

Itulah hasrat Barisan Nasional (BN) yang akan menampilkan kelainan yang berbeza bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Seiring dengan hasrat itu, 70 peratus muka baharu dalam senarai calonnya bagi menghadapi PRU15.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka yang akan dicalonkan terdiri daripada individu berkaliber, memiliki kelayakan akademik, selain komitmen tinggi membantu rakyat.

Selain itu katanya, senarai calon BN juga akan menampilkan mereka yang berpengalaman supaya barisan terbaik dapat ditampilkan bagi memastikan kemenangan gabungan itu.

“Saya berazam untuk melihat 70 peratus calon adalah muka baharu dan saya juga sedar bukan mudah untuk memilih calon yang tepat.

“Saya mahu melihat calon baharu yang berkaliber, berakhlak serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk membantu rakyat,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini.

Beliau yang juga Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, selain muka baharu, senarai itu termasuk 30 peratus calon dari wanita.

“Jadi ketika ini wanita dan calon muda membentuk 100 peratus daripada senarai tetapi bagaimana dengan calon lama?

“Sebagai pengerusi BN, saya mesti berlaku adil. Saya akan memilih muka baharu tetapi turut mengekalkan muka lama supaya kita ada kedua-duanya, pada pilihan raya akan datang,” katanya yang turut menambah, senarai itu masih belum dimuktamadkan.

Ahmad Zahid turut mengingatkan calon baharu dan muda supaya sentiasa menghormati yang tua manakala yang tua perlu menyayangi mereka yang lebih muda.

“Perpaduan dalam UMNO BN dan Friends of BN…dan kita boleh melihat wajah pemimpin baharu dan lama supaya rakyat melihat BN telah berubah,” katanya.

Ahmad Zahid turut berkata, untuk PRU15 akan datang, parti itu akan bertanding di 191 kerusi Parlimen dan buat pertama kalinya, Friends ofBN juga akan diberi peluang bertanding.

Friends of BN dianggotai parti Makkal Sakti, Parti Cinta Malaysia (PCM), Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF), Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) dan Parti Punjabi Malaysia (PPM).

Ahmad Zahid turut mengingatkan ahli parti bahawa kejayaan memenangi tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK) dan dua Pilihan Raya Negeri (PRN) serta PRN Sabah sebelum ini bukanlah penanda aras untuk parti itu menang besar pada PRU15.

“Ia hanya menunjukkan kita sudah bangkit (daripada kekalahan), jadi jangan berasa selesa dengan semua kemenangan ini,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close