MalaysiaPilihan Editor

3 Ahli Parlimen BERSATU Tukar Tempat Duduk Dalam Dewan Rakyat

Kredit: Laman sesawang rasmi Parlimen
Kredit: Laman sesawang rasmi Parlimen

Tiga daripada empat Ahli Parlimen BERSATU yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah bertukar tempat duduk di dalam Dewan Rakyat mulai jam 2.30 petang semalam (14 November 2023).

Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) dalam ciapan melalui X, hari ini, memaklumkan bahawa tiga Ahli Parlimen berkenaan, iaitu Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), masih berada dalam tempat blok pembangkang tetapi duduk berasingan daripada Ahli Parlimen pembangkang yang lain.

“Ya, mereka masih pembangkang. Khabarnya #KualaKangsar (Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid) masih ingin di tempat lama yang sama,” katanya.

Sebelum ini, Zahari, Mohd Azizi, Iskandar Dzulkarnain dan Suhaili mengisytiharkan sokongan kepada Anwar atas alasan untuk kepentingan pengundi dan pembangunan di kawasan masing-masing, namun masih kekal bersama BERSATU.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close