Beberapa ahli perniagaan dan pakar teknologi dalam kalangan masyarakat Islam yang berpusat di San Francisco, Amerika Syarikat menyatakan minat untuk melabur di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau dalam pertemuannya dengan Pengarah Pemasaran Komersial SpaceX Omar Kunbargi; Ketua Pegawai Eksekutif Rembrand, Omar Tawakol; Ketua Pegawai Eksekutif Ornovi Fauad Hasan; Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Z2Data, Mohammad Ahmad; Presiden Whizz System, Muhammad Irfan dan Ketua Perhubungan Z2Data, Osama Ahmad.
Beliau berkata, pertemuan itu turut membicarakan mengenai keperluan memberikan lebih perhatian berkaitan bidang kecerdasan buatan, selain menyentuh soal pendidikan dan aeroangkasa yang sama penting.