Sistem kutipan cukai yang diamalkan di negara ini adalah bagi mengelak kerajaan berdepan dalam keadaan terus berhutang atau meminjam dana daripada luar negara.
“Tetapi ada juga pengusaha di luar sana mengambil kesempatan untuk mengelak daripada membayar cukai.
“Sebab itu mana-mana agensi kerajaan yang terbabit secara langsung mengutip hasil untuk negara, sebenarnya hasil kita kutip bukan untuk kita, tetapi kutip hasil untuk negara dan generasi akan datang,” katanya.
Himpunan itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengulas lanjut, Johari berkata, pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan tidak akan bertahan lama jika negara hanya bersandarkan kepada hutang.
Dalam pada itu, katanya, sesebuah jabatan atau agensi perlu melaksanakan perubahan dan menjadi lebih bertanggungjawab, konsisten dan berdisiplin.
“Saya mempunyai pengalaman di Kementerian Kewangan selama 22 bulan, saya bersetuju dalam soal konteks kita kena meningkatkan pendapatan kerajaan.
“Tetapi dalam proses kita meningkatkan pendapatan kerajaan ini, kita mesti berlaku adil dan saksama kepada mereka yang mengadu mengenai sistem percukaian kita,” katanya. – BH ONLINE




