Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: Ativa Dijangka Lonjak Jualan Keseluruhan PERODUA

PERODUA melancarkan SUV kompak baharu, Ativa
PERODUA melancarkan SUV kompak baharu, Ativa

KUALA LUMPUR: MIDF Research mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) berkembang 7.6 peratus tahun ke tahun kepada 237,000 unit tahun ini, lebih konservatif berbanding sasaran pengeluar kereta itu sendiri.

Dalam satu nota hari ini, menurutnya jumlah sasaran PERODUA untuk 2021 adalah sebanyak 240,000 kenderaan yang dijangka menguji rekod tertingginya sebelum ini pada 2019, berkemungkinan turut mengambil kira kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak Ativa yang dilancarkan semalam.

“Menurut pihak pengurusan, PERODUA telah menerima 5,000 tempahan sejak 19 Februari berbanding sasaran jualan sebanyak 3,000 unit sebulan, berpotensi menjadikan Ativa sebagai penyumbang terbesar keempat bagi Perodua,” menurut firma penyelidikan itu.

Menurut MIDF Research, penerima manfaat utama susulan pelancaran Ativa dan unjuran TIV Perodua yang kukuh itu adalah UMW Holdings Bhd dan MBM Resources Bhd, dengan masing-masing memiliki kepentingan sebanyak 38 peratus dan 25 peratus dalam PERODUA.

“Pengedar dan pembuat alat ganti PERODUA, MBM mendapat manfaat besar daripada pertumbuhan TIV Perodua,” katanya.

Pada Rabu, PERODUA melancarkan Ativa dengan harga bermula daripada RM61,500 bagi varian X di atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia, RM66,100 bagi varian H dan RM72,000 bagi varian AV utama. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close