Ekonomi Islam & GlobalGovernans

LAWATAN KREMLIN: PM Hadir Mesyuarat Meja Bulat Bersama Pemain Industri Russia

Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan hari kedua lawatan rasmi beliau ke Russia dengan menghadiri beberapa sesi libat urus peringkat tinggi bertujuan memperkukuh hubungan perdagangan serta kerjasama strategik dengan Moscow.

Hari ini, Perdana Menteri memulakan jadual dengan menghadiri sesi meja bulat bersama pemimpin industri Russia yang berlangsung di Hotel Metropol yang bersejarah, membabitkan penyertaan 24 syarikat utama serta dua majlis perniagaan.

Perbincangan dijangka memberi tumpuan kepada potensi kerjasama dalam sektor pertanian, teknologi, logistik, pembuatan dan perkhidmatan kewangan.

Lawatan beliau diiringi lima menteri termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai rombongan Malaysia menghadiri mesyuarat meja bulat bersama pemimpin industri sempena lawatan rasmi empat hari ke Russia. - BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai rombongan Malaysia menghadiri mesyuarat meja bulat bersama pemimpin industri sempena lawatan rasmi empat hari ke Russia. – BERNAMA

Kemudian, delegasi Malaysia yang turut disertai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang akan ke Istana Grand Kremlin untuk pertemuan penting dengan Presiden, Vladimir Putin.

Satu sidang media bersama dijangka diadakan selepas itu.

Sebagai penutup jadual hari ini, Anwar turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Mufti Besar, Sheikh Ravil Gaynutdin, yang juga Pengerusi Majlis Mufti Russia, sekali gus menyerlahkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh hubungan dengan institusi Islam di peringkat global. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close