Duniaku TeknokratGovernans

PARLIMEN: Kerajaan tandatangan ART dengan AS selepas ambil kira kepentingan ekonomi negara – Johari Ghani

Tindakan kerajaan menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS) dibuat selepas mengambil kira kepentingan ekonomi negara walaupun analisis kos faedah (CBA) yang mendalam belum selesai.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata demikian menjawab soalan Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang meminta penjelasan lanjut berhubung Korea Selatan berdepan tindakan AS menaikkan tarif daripada 15 peratus kepada 25 peratus susulan Parlimen Korea belum meluluskan perjanjian.

Beliau berkata Korea Selatan tidak menandatangani ART dan mengadakan rundingan dengan AS atas alasan perlu membawa perkara itu ke Parlimen untuk kelulusan.

“Namun, proses itu mengambil masa terlalu lama hingga akhirnyaAS mengenakan tarif 25 peratus. Bagi negara kita, kerajaan mengambil kira pelbagai faktor termasuk eksport ke AS yang bernilai RM233 bilion.

Kesan tarif setinggi itu terhadap negara sangat besar terutama kerana sektor semikonduktor, elektrik dan elektronik (E&E) adalah industri utama negara.

Peningkatan itu akan membawa tahap tarif daripada 15 peratus kepada 25 peratus.

Menerusi catatan di platform Trust Social miliknya, Trump memberitahu Badan Perundangan Korea Selatan tidak memenuhi perjanjiannya dengan AS.

Mengulas lanjut, Johari berkata, rundingan awal ketika kunjungan Presiden AS ke negara ini pada Oktober lalu bertujuan memberi kelebihan kepada negara untuk mengekalkan tarif pada 19 peratus berbanding kemungkinan penetapan kadar lebih tinggi.

“Kalau tidak layan, mungkin kita dapat 25 peratus, malah ada negara seperti Laos hingga 40 peratus,” katanya.

Mengenai kemungkinan tindakan Mahkamah Agung AS terhadap tarif, Johari berkata, kerajaan akan memantau dari perspektif kepentingan ekonomi lebih besar.

Beliau berkata, rekod perdagangan Malaysia dengan AS positif dengan lebihan dagangan RM508 bilion dalam tempoh 2015-2025 berbeza dengan perdagangan dengan China yang mencatat defisit RM606 bilion.

“Meskipun ratifikasi ART belum selesai, tetapi kerajaan sedang mengumpul maklumat, mendapatkan pandangan pemegang taruh dan akan membincangkan perkara ini dalam kaukus khas bagi memastikan kepentingan negara, termasuk aspek kedaulatan terpelihara,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close