GovernansMalaysia

Orang Asli Pertama Yang Dilantik Menjadi Dekan Di USM

Tahniah dan terbaik !

Malaysia tidak pernah meminggirkan mana-mana warga negara yang hendak mencari ilmu serta berkerjaya.

Buktinya ialah Orang Asli pertama negara dilantik sebagai dekan di salah satu universiti awam terbaik negara.

Beliau ialah Prof Dr Bahari Belaton, yang dilantik sebagai Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pengarah Pusat IPv6 Termaju Negara (NAv6),  menggantikan Prof Dr Rosni Abdullah @ Mustafa bagi kedua-dua jawatan itu berkuat kuasa semalam.

USM dalam kenyataan berkata dengan kedua-dua pelantikan itu, Bahari sekali gus menjadi Orang Asli pertama yang dilantik menjadi dekan dan menyandang dua jawatan ketua jabatan secara serentak di institusi pengajian tinggi negara.

Menurut kenyataan itu, Bahari yang berasal dari suku kaum Semai dari Kampung Orang Asli Tangkai Cermin, Perak, mempunyai pengalaman luas dan telah mengembara ke luar negara menuntut ilmu seterusnya mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Sains Komputer di South Australian Institute of Technology, Australia pada tahun 1989.

“Beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang ‘Pengamatan Data Saintifik, Grafik Komputer dan Keselamatan Rangkaian’  telah berkhidmat lebih daripada 24 tahun bersama-sama USM dan sepanjang tempoh itu, banyak kejayaan beliau khususnya dalam pembangunan akademik dan penyelidikan telah dizahirkannya,” menurut kenyataan itu. – BACALAHMALAYSIA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close