Duniaku Teknokrat

RM189 Bilion Disalurkan Kepada Dana Luaran Sehingga Akhir 2023 – KWSP

Barisan pengurus dana luaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghasilkan pulangan yang baik tahun lalu dengan mencatatkan jumlah pendapatan tertinggi, kira-kira 22 peratus daripada keseluruhan pendapatan dana itu walaupun menghadapi pasaran yang tidak menentu dan mencabar.

Menurut kenyataan pada Ahad, KWSP memaklumkan sehingga 31 Disember 2023, sebanyak RM189 bilion telah disalurkan kepada pengurus dana luaran untuk dilaburkan dalam ekuiti dan instrumen pendapatan tetap, yang mewakili 17 peratus daripada keseluruhan aset pelaburan KWSP.

Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata jumlah dana yang diurus oleh pengurus ekuiti dan pendapatan tetap luaran telah meningkat hampir tiga kali ganda kepada RM189 bilion berbanding lima tahun lalu.

“Selain daripada memaksimumkan pulangan risiko terlaras peringkat portfolionya, KWSP juga berusaha untuk memperkasa semua syarikat penerima pelaburan dan pengurus dana luaran untuk memberikan impak positif kepada masyarakat dan alam sekitar.

Robeco Institutional Asset Management menjulang anugerah Pengurus Dana Ekuiti Antarabangsa Terbaik bagi Faktor Pelaburan 2023; Abrdn Malaysia Sdn Bhd (Pengurus Dana Ekuiti Antarabangsa Terbaik bagi MSCI Etika Asia (tidak termasuk Jepun, tidak termasuk Malaysia) 2023) dan AHAM Capital Asset Management (Pengurus Dana Ekuiti Domestik KWSP Terbaik 2023).

Sementara itu, Pengurus Dana Ekuiti Global KWSP Terbaik 2023 dan Pengurus Dana Luaran KWSP Terbaik 2023 diraih oleh Amundi.

Amundi Aalam Sdn Bhd dan Amundi Malaysia Sdn Bhd masing-masing memperoleh anugerah Pengurus Dana Ekuiti Antarabangsa Terbaik bagi FTSE Syariah Dunia Maju 2023 dan Pengurus Dana Ekuiti Antarabangsa Terbaik bagi FTSE Beretika Dunia Maju 2023.

KWSP menjelaskan bagi tahun kewangan berakhir 2023, pihaknya telah mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 5.50 peratus dengan agihan RM50.33 bilion untuk Simpanan Konvensional; dan 5.40 peratus dengan agihan RM7.48 bilion untuk Simpanan Shariah.

Secara kumulatif, jumlah agihan untuk 2023 ialah RM57.81 bilion.

Ahmad Badri berkata pencapaian itu turut disumbang oleh pempelbagaian yang dilaksanakan pengurus dana dalam kelas aset, pasaran dan mata wang berbeza yang membantu KWSP untuk kekal berdaya tahan terhadap turun naik pasaran serta melindungi pulangan pelaburannya. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close