Duniaku Teknokrat

Menara Merdeka 118 dinamakan semula kepada Menara Merdeka Maybank

Maybank hari ini (28 Julai 2026) mengumumkan bahawa Menara Merdeka 118 dinamakan semula secara rasmi kepada Menara Merdeka Maybank, mencerminkan kehadiran kumpulan perbankan itu di bangunan mercu tanda yang kini menjadi ibu pejabatnya.

Alamat berdaftar baharu ibu pejabat Maybank adalah Aras 70, Menara Merdeka Maybank, Presint Merdeka 118, 50118 Kuala Lumpur.

Seiring dengan pengumuman ini, bekas ibu pejabat Maybank di Jalan Tun Perak, yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Maybank, akan dinamakan semula sebagai Menara Tun Perak.

Kedua-dua nama bangunan ini akan berkuatkuasa mulai 28 Julai 2026.

“Maybank ingin memberi jaminan kepada para pelanggan bahawa Cawangan Utama Kuala Lumpur akan terus beroperasi dari Menara Tun Perak sehingga dimaklumkan kelak.

“Penamaan semula ini tidak akan memberi kesan kepada pelanggan yang mempunyai akaun di cawangan tersebut, dan semua perkhidmatan perbankan akan terus beroperasi seperti biasa,” menurut Maybank dalam satu kenyataan. BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close