Pilihan EditorTwo Cents

NIRAF – Selami Erti Biasiswa

Oleh Nur Intan Rafeena Ahmad Fauzi

 

Ramai pihak memberikan alasan bahawa penderitaan orang lain bukan masalah kita.

Satu pernyataan yang menarik perhatian penulis adalah bahawa “kita bukanlah penyebab penderitaan mereka, maka kita juga tidak berperanan dalam menyelesaikannya”.

Walaupun ini adalah hujah asas, namun mari selami hujah ini ke peringkat lebih kompleks.

Kemiskinan semakin meningkat. Walaupun dengan pengenalan program kebajikan dan statistik yang menekankan peningkatan kebolehcapaian material bagi golongan berpendapatan rendah.

Namun, persoalan yang jarang dilihat adalah perbandingan antara kadar pertumbuhan orang yang terjebak dalam dunia kemiskinan dan mereka yang berada dalam keunggulan sosio-ekonomi.

Ekonomi adalah satu ekosistem.

Penulis pasti anda pernah dengar tentang bagaimana “orang kaya menjadi lebih kaya, dan yang miskin menjadi lebih miskin”.

Ekosistem itu sendiri didorong oleh motif yang memfokuskan keuntungan sekaligus mengasingkan kumpulan yang tidak dapat mengikut rentak ini.

Salah satunya pendidikan, iaitu sesuatu yang dianggap jalan keluar yang terunggul bagi orang yang hidup dalam kemiskinan untuk selangkah lebih dekat dengan kestabilan hidup dan pendapatan.

Namun, realiti pendidikan dalam masyarakat yang kurang bernasib baik ialah kekurangan dana sekolah, guru, pendaftaran sekolah yang rendah dan ketidaksamaan digital.

Sementara pelajar dari kumpulan yang kurang bernasib baik berjuang untuk menghidupkan komputer riba YES tunggal di sekolah mereka yang perlu dikongsi oleh lima hingga sembilan pelajar pada satu-satu masa, sekolah di bandar mengasimilasikan kemahiran digital sebagai sukatan pelajaran mereka.

Buktinya, keluk pertumbuhan eksponen pendidikan tidak berkembang seiring untuk murid yang mendaftar di sekolah yang kurang kemudahan dengan sekolah berkemudahan sempurna di Malaysia.

Pada masa yang sama, kebanyakan sekolah sangat mengagungkan sistem biasiswa di Malaysia.

Seorang pemegang biasiswa lepasan SPM sering dianggap hebat dan luar biasa dan dibanggakan.

Secara dasarnya, biasiswa diperkenalkan untuk membantu menaja individu cemerlang yang tidak mampu membiayai diri ke pendidikan yang lebih tinggi.

Namun, persepsi toksik terhadap biasiswa ada-kalanya dilihat untuk ditunjuk-tunjuk mungkin sudah lupa akan menghargai erti sebenar dan tujuan penerimaan biasiswa itu.

Tambahan lagi apabila pihak tersebut merupakan orang yang secara relatifnya mampu membiayai pendidikannya sendiri. Mengapa sedemikian rupa dilihat begitu atau dilihat sebagai suatu perkara bermasalah?

Tidak terkecuali pelajar yang kurang bernasib baik, secara intrinsik lebih layak mendapat biasiswa seperti itu, malah tiada apa untuk ditunjuk-tunjuk.

Sebagai contohnya, seorang pelajar dari Kampung Sungan yang belajar lima kali ganda lebih banyak daripada seorang yang mempunyai tutor peribadi tidak akan memperoleh A+ untuk Matematik Tambahan.

Pelajar sama yang membaca bahan ilmiah dan mempelajari isu-isu hal ehwal semasa dunia juga tidak akan terdedah kepada kejohanan debat atau pidato untuk disenaraikan dalam resumenya.

Lebih menyedihkan, terdapat ramai pelajar yang terlalu menginginkan biasiswa sehingga sanggup untuk melepaskan impian untuk menjadi seorang peguam semata-mata supaya ibu bapa mereka dapat mengatakan “Anak perempuan saya adalah penerima Biasiswa Khazanah/Bank Negara”.

Dalam masa yang sama, terdapat pihak yang terlepas peluang mendapat biasiswa hanya kerana kurang bernasib baik.

Secara mudahnya, bagi memastikan kesaksamaan, pastikan anda hanya memohon biasiswa berdasarkan kelayakan diri dan sekiranya anda termasuk dalam kategori tersebut.

Secara moralnya, apakah bekas juara dunia badminton seperti Datuk Lee Chong Wei akan berbangga memenangi kejohanan bawah 18 tahun ?

Sebaliknya sudah tentu beliau akan merasa malu atau mungkin tidak akan terfikir pun kerana tidak setara akan penarafan sesuatu kejohanan berkenaan.

Jadi, apa tujuan sebenar penulis menulis artikel ini? Pertama sekali, ubah persepsi diri anda dari sanjungan dan bersifat keterlaluan terhadap biasiswa.

Sebaliknya, ikutilah impian diri dan pastikan anda mempunyai matlamat peribadi, setiap individu perlu sedar bahawa kejayaan ditentukan oleh diri sendiri dan bukan dengan siapa anda terikat.

Perlu diingati bahawa biasiswa tidak dapat menentukan siapa sebenar-benarnya diri anda sebagai seorang manusia.

Mungkin benar bahawa kerja keras kita membawa kita ke tempat kita berada.

Mungkin juga benar bahawa ‘privilege’ atau hak istimewa telah menjadi rancangan Tuhan bagi ramai orang.

Namun yang paling utama dan sebenar-benarnya ialah nilai hidup kita, iaitu nilai yang ada di dalam jiwa kita.

  • Penulis ialah seorang realis dalam dunia idealisme

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close