Porsche berkemungkinan menggandakan program pemberhentian pekerja sedia ada dengan rancangan mengurangkan 5,000 lagi jawatan, lapor media Jerman semalam, ketika lembaga penyelia syarikat pembuat kereta itu bermesyuarat bagi membincangkan langkah-langkah penstrukturan semula.
Angka itu dilaporkan oleh Manager Magazin yang memetik sumber tanpa nama.
Akhbar Bild pula melaporkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Michael Leiters, merancang mengurangkan antara 5,000 hingga 6,000 pekerjaan menjelang 2035.
Jurucakap Porsche enggan mengulas mengenai laporan itu. – REUTERS




