GovernansPilihan Editor

Kerajaan Komited Tingkatkan Ekuiti Bumiputera – Mustapa Mohamed

Kerajaan komited meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera terutama yang berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka turut terbabit dalam pembangunan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata peningkatan pendapatan akan membolehkan golongan berkenaan melabur dan menyertai pemilikan ekuiti secara tidak langsung menerusi pelaburan dalam institusi Bumiputera seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Katanya, terdapat tiga komponen ekuiti Bumiputera iaitu menerusi individu, institusi Bumiputera dan institusi bertumpu kepada Bumiputera.

“Strategi menuju ke depan ialah kita akan meningkatkan pendapatan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta menggalakkan mereka menyimpan dan meletakkan dana dalam institusi Bumiputera seperti PNB, yang akan melabur dalam syarikat dan pasaran saham,” katanya.

Pada webinar itu, Mustapa juga melahirkan kebimbangan mengenai keselamatan persaraan apabila ada isi rumah di negara ini hanya mempunyai simpanan yang kurang RM10,000 dalam simpanan persaraan mereka.

Mengenai usaha merapatkan jurang pendapatan wilayah di negara ini, Mustapa berkata, situasi semasa yang mencabar susulan pandemik COVID-19 memberi ruang fiskal yang terhad kepada kerajaan untuk meningkatkan perbelanjaan.

Beliau berkata, kedudukan fiskal negara dijangka lebih baik menjelang 2023 dan seterusnya dengan pemulihan ekonomi yang kukuh, sekali gus membolehkan kerajaan meningkatkan perbelanjaan untuk merapatkan jurang pendapatan antara negeri.

“Dengan usaha pemulihan dilaksanakan dan kadar vaksinasi yang tinggi serta pemulihan permintaan luaran, ekonomi negara dijangka lebih baik pada tahun depan,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close