Duniaku TeknokratPilihan Editor

Raja Teh Maimunah Dilantik Jadi CEO AEON Digital Bank

AEON Consortium, antara pemegang lesen bank digital Malaysia melantik Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa esok.

Sebelum menyertai konsortium itu, Raja Teh Maimunah adalah Pengarah Urusan Perbankan Borong di Kumpulan AmBank.

Ahli perbankan berpengalaman itu pernah memegang pelbagai jawatan sebelum ini, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Hong Leong Islamic Bank; serta Ketua Pegawai Operasi Inovasi Digital dan Transaksi Perbankan Kumpulan Hong Leong.

Beliau juga berkhidmat dalam Pengurusan Danaharta Nasional Bhd (agensi pengurusan aset dan pemulihan hutang negara) semasa krisis Kewangan Asia pada 1998.

AEON Consortium adalah antara lima konsortium yang telah dianugerahkan lesen bank digital oleh Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2021.

Bank digital itu dijangka dilancarkan menjelang akhir tahun depan.

Selain itu, Raja Teh Maimunah ialah ahli perbankan dan Profesional Bertauliah dalam Kewangan Islam (CPIF).

Beliau juga menyertai Lembaga Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Jawatankuasa Risiko dan Integriti Lembaga Pengarah serta Lembaga Pemegang Amanah Warisan Negara (AWAN).

“AEON Consortium yakin dengan kepimpinan, semangat dan komitmen Raja Teh untuk mengemudi bank digital ke arah kejayaan yang lebih cemerlang,” demikian menurut AEON Credit Service. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close