Dimensi BisnesKedai RuncitPilihan Editor

BACALAH AUTO: Proton S70 Dilancar Harga Bermula Daripada RM73,800

Proton Holdings Bhd (PROTON) hari ini melancarkan Proton S70 yang ditawarkan pada harga bermula daripada RM73,800.

Sedan segmen-C berasaskan Geely Emgrand itu diperkenalkan dengan empat pilihan varian iaitu 1.5T Executive yang ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM73,800; 1.5T Premium (daripada RM79,800); 1.5T Flagship (daripada RM89,800); dan 1.5T Flagship X (daripada RM94,800).

Proton S70 pasaran Malaysia menerima spesifikasi tertinggi berbanding pasaran Asia Tenggara lain yang lebih awal membawa masuk Geely Emgrand.

Model itu dilengkapi dengan enjin 1,477cc turbo DOHC tiga silinder yang menghasilkan kuasa 150PS pada 5,500rpm dan tork 226Nm pada 1,750-4,000rpm.

Buat pertama kali, PROTON menawarkan warna badan baharu Teal Bayou Green bersama enam pilihan yang lain iaitu Snow White; Armour Silver; Space Grey; Passion Red; Marine Blue; dan Quartz Black.

Proton S70 didatangkan dengan 12 sensor merangkumi kamera monokular, dua radar gelombang milimeter di belakang, kamera keliling (360 darjah) dan lima sensor ultrabunyi.

Terdapat 13 sistem keselamatan ADAS yang ditawarkan pada dua varian teratas S70 antaranya Brek Kecemasan Autonomi (AEB); Amaran Perlanggaran Depan (FCW); Amaran Perlanggaran Belakang (RCW); Kawalan Kruise Adaptif (ACC) dengan henti & jalan; Kawalan Jelajah Pintar (ICC); Amaran Pelepasan Lorong (LDW); Pencegahan Pelepasan Lorong (LDP); dan Kawalan Tengah Lorong (LCC).

Selain itu, ia lengkap dengan Maklumat Papan Tanda Trafik (TSI); Bantuan Tukar Lorong (LCA); Amaran Trafik Belakang (RCTA); Amaran Buka Pintu (DOW); dan Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC).

Sementara itu, Sistem Pemantauan Angin Tayar (TPMS) dan kamera 360 darjah hanya ditawarkan pada dua varian tertinggi.

PROTON buat pertama kalinya memperkenalkan Rakaman Video Digital (DVR) untuk varian Flagship X.

Proton S70 dilancarkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Yang turut hadir Pengerusi Proton Holdings Bhd (PROTON), Tan Sri Syed Faisal Albar; dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close