Menteri perdagangan dan luar negara rantau pasifik mencapai kata sepakat yang perdagangan bebas dan ekonomi terbuka akan memacu pemulihan rantau ini daripada wabak COVID-19.
Menteri daripada 21 negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) membuat ketetapan itu dalam mesyuarat maya, semalam, bagi membincangkan pelan tindak balas COVID-19 mereka sebelum mesyuarat pemimpin negara pada Sabtu ini.
Mesyuarat itu dijadual disertai Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping.
Menteri Perdagangan New Zealand, Damien O’Connor yang menjadi penganjur mesyuarat itu, berkata turut menjadi perbincangan mereka termasuk rancangan menghentikan subsidi bahan api fosil secara sukarela dan komitmen untuk meliberalisasi tarif ke atas vaksin dan bekalan perubatan pandemik lain.
Katanya, terdapat persetujuan menyeluruh mengenai keperluan untuk mengelak daripada membina halangan perdagangan sebagai tindak balas kepada cabaran yang ditimbulkan pandemik wabak itu.
“Perdagangan bebas, adil dan terbuka akan membantu ekonomi bergerak ke hadapan sekali gus keluar daripada pandemik ini.