Duniaku TeknokratPilihan Editor

PM Lantik Johari Ghani Ketuai Pasukan Petugas 1MDB

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. - Foto NSTP/ASWADI ALIAS
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. – Foto NSTP/ASWADI ALIAS

Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik mengetuai pasukan petugas bagi menyelesaikan beberapa isu membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju dengan kritikan Ahli Parlimen Titiwangsa itu berhubung penyelesaian kerajaan dengan Goldman Sachs bernilai AS$2.5 bilion.

Penyelesaian dengan bank pelaburan antarabangsa itu dicapai pada tahun 2020 ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya sendiri malu dengan keputusan terbabit. Amat sedikit ketika persefahaman itu dibuat. Goldman Sachs mengaut keuntungan daripada kerja keras kita,” kata Anwar di Dewan Rakyat semalam seperti dilaporkan Bloomberg.

Pada 2020, kerajaan pimpinan Muhyiddin mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs dengan bank pelaburan itu hanya membayar AS$2.5 bilion kepada kerajaan dan memberi jaminan pulangan aset 1MDB yang dirampas di seluruh dunia, bernilai AS$1.4 bilion.

Johari berkata, sabitan dua bekas pekerja Goldman Sachs turut menjadi bukti penyelesaian itu meragukan.

Hari ini, mahkamah di New York menjatuhkan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng dengan hukuman penjara 10 tahun kerana terbabit dalam skandal 1MDB.

 

Roger Ng keluar dari Mahkamah Persekutuan Brooklyn selepas dipenjara kerana kesalahan berkaitan dana 1MDB. - Foto REUTERS
Roger Ng keluar dari Mahkamah Persekutuan Brooklyn selepas dipenjara kerana kesalahan berkaitan dana 1MDB. – Foto REUTERS

 

Sebelum ini, Roger Ng didapati bersalah membantu dalam skandal penyelewengan dana 1MDB.

Pada April lalu, juri di Mahkamah Persekutuan Brooklyn mendapati Roger Ng, bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, bersalah kerana membantu bekas orang atasannya, Tim Leissner menggelapkan wang daripada dana itu, mencuci hasil dan merasuah pegawai kerajaan untuk mendapatkan perniagaan.

Leissner pernah menjadi ketua Goldman di Asia Tenggara.

Leissner mengaku bersalah dan memberi keterangan terhadap Roger Ng sebagai sebahagian daripada perjanjian kerjasama.

Dia masih belum dijatuhkan hukuman. – BH ONLINE

 

Tim Leissner pernah menjadi ketua Goldman di Asia Tenggara. - Foto AGENSI
Tim Leissner pernah menjadi ketua Goldman di Asia Tenggara. – Foto AGENSI

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close