Kedai RuncitPilihan Editor

AEON ‘Kunci Harga’ 250 Barangan Selama Tiga Bulan

Mohd Sayuti (kanan) bersama Pengarah Urusan AEON, Keiji Ono (tengah) merasmikan pembukaan semula AEON Mall Cheras Selatan -NSTP/Genes Gulitah
Mohd Sayuti (kanan) bersama Pengarah Urusan AEON, Keiji Ono (tengah) merasmikan pembukaan semula AEON Mall Cheras Selatan -NSTP/Genes Gulitah

AEON Co (M) Bhd mengambil langkah proaktif dalam usaha membantu strategi kerajaan untuk menstabilkan kos sara hidup rakyat dengan ‘mengunci harga’ 250 barangan keperluan terpilih untuk tempoh tiga bulan bermula hari ini.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Perdagangan AEON, Low Ngai Yuen, berkata inisiatif ‘Price Lock’ atau kunci harga itu akan berlangsung di semua 28 AEON Mall dan 34 AEON stor seluruh negara sehingga akhir Februari tahun depan.

“Antara barangan keperluan dikenal pasti ialah beras, minyak masak, telur, susu, syampu, pelembut fabrik dan banyak lagi,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmikan pembukaan semula AEON Mall Cheras Selatan di Balakong, dekat sini, hari ini.

Majlis perasmian berkenaan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close