MalaysiaPilihan Editor

Lelaki Dipenjara 6 Bulan, Denda RM12,000 Kerana Perolok Isu Stoking Kalimah Allah

Juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 mendakwa hanya menjadi ‘ keyboard warrior’ dan tidak mengetahui kalimah ‘Allah’ yang ditulis menghina agama Islam.

Tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah.

Dalam rayuannya, lelaki itu memohon supaya tidak dipenjara kerana tidak mahu kehilangan kerja.

“Saya tidak sengaja, hanya mahu menjadi ‘ keyboard warrior’, saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat, setimpal dan menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki itu tampil memohon maaf secara terbuka selepas didakwa menambahkan ketegangan dalam isu penjualan stoking bertulis kalimah Allah di kedai serbaneka itu.

Dia membuat permohonan itu dengan dikelilingi sekumpulan lelaki yang mencarinya kerana tidak berpuas hati dengan komennya.

Lelaki itu mencetuskan kemarahan pengguna maya selepas didakwa mengeluarkan komen meminta orang ramai tidak terlalu sensitif dengan isu itu.

Dia malah didakwa cuba membuat kelakar dengan memuat naik gambar stoking yang memuatkan wajahnya sendiri. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close