Kedai RuncitPilihan Editor

Afeeya Sasar Jualan 5,000 Unit Jam Kiblat Altaf

Pengasas Afeeya Group, Nor Sahrizan Mohd Wazi.
Pengasas Afeeya Group, Nor Sahrizan Mohd Wazi.

Afeeya Group Sdn Bhd (Afeeya), pengeluar jam tangan Islamik jenama Altaf menyasarkan jualan sebanyak 5,000 unit sebulan sepanjang tahun ini.

Pengasasnya, Nor Sahrizan Mohd Wazi berkata, jam digital kombinasi azan dan kiblat itu telah terjual sebanyak 30,000 unit selepas berada di pasaran sejak 2020.

Beliau berkata, pengeluaran produk itu sejajar dengan perkembangan teknologi terkini bagi memudahkan urusan harian umat Islam dalam beribadat.

“Jam Altaf bukan sekadar petunjuk waktu sahaja namun ianya memudahkan pengguna untuk menentukan arah kiblat dan waktu solat di mana Islam merupakan agama terbesar di rantau Asia Tenggara.

“Justeru sasaran untuk 5,000 unit jualan sebulan adalah satu angka yang realistik untuk dicapai Afeeya berdasarkan jualan 30,000 unit sejak berada di pasaran pada 2020,” katanya.

Nor Sahrizan, 26, berkata, selain ciri kombinasi azan dan kiblat, Altaf juga memiliki waktu solat secara global, penanda Al-Quran, pilihan lokasi dan dilengkapi paparan cahaya lampu LED.

“Perancangan perlu dibuat kerana sempadan negara telah dibuka selepas fasa peralihan endemik sejak April lalu di mana orang ramai khususnya Umat Islam sudah bebas bergerak ke sana-sini.

“Dengan adanya jam Altaf, ianya amat memudahkan pengguna muslim untuk menentukan arah kiblat dan waktu solat walau di manapun mereka berada,” katanya.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Altaf boleh melayari laman web https://altaf.com.my/ atau Instagram: Altafwatches atau Facebook: Altaf Watches.

Nor Sahrizan memberitahu, idea tercetus mengeluarkan produk jam Islamik selepas beliau tamat pengajian dalam jurusan pengurusan polisi dan sekitaran sosial di Universiti Malaysia Terengganu pada tahun 2019.

Beliau mengambil keputusan untuk berniaga dengan bermula sebagai dropship produk-produk yang ada dalam pasaran dan pada masa sama turut mempelajari selok belok perniagaan lebih mendalam.

Pada masa sama katanya, beliau juga aktif dalam aktiviti lasak seperti perkhemahan, mendaki gunung dan lain-lain lagi.

“Ketika melakukan aktiviti lasak, saya berpandukan telefon pintar untuk menentukan arah kiblat dan waktu solat fardu tetapi ia hanya satu penyelesaian sementara.

“Ini kerana jika telefon tersebut kehabisan bateri atau tiada data internet di mana gajet itu sudah tidak dapat lagi berfungsi.

“Saya terfikir alangkah mudahnya kalau ada jam tangan yang boleh mengingatkan waktu solat fardu dan arah kiblat. Bermula dari situ saya cuba mencari jalan untuk merealisasikan idea jam kiblat ini,” katanya yang menggunakan modal awal sebanyak RM20,000 dan ketika itu kekurangan sumber manusia.

Nor Sahrizan menambah, beliau turut berdepan abaran yang dihadapi sejak pandemik COVID-19 peningkatan kos dari segenap sudut, kos operasi dan pemasaran. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close