MalaysiaPilihan Editor

Kejayaan Enam Pelajar Layak Ke Harvard Satu Kebanggaan Negara: PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap kejayaan enam pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke Harvard College, Amerika Syarikat sebagai satu pencapaian membanggakan buat negara.

Mengucapkan tahniah kepada semua bakal pelajar peringkat ijazah Sarjana Muda Universiti Harvard itu, Ismail Sabri turut mendoakan agar mereka beroleh kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

“Anda adalah kebanggaan Keluarga Malaysia,” katanya dalam catatan melalui akaun Facebooknya pada Rabu.

Keenam-enam pelajar itu ialah Chooi Je Qin dari Johor; Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah dari Pulau Pinang; Carisma Michaela Wong dari Sabah; Lee Ee Jenn dari Kuala Lumpur dan Alyssa Yap Xin Yi dari Sarawak.

Kesemua pelajar berkenaan akan menamatkan pengajian di Harvard pada 2026.

Seorang daripada penemuduga Alumni Harvard College untuk Malaysia, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob dalam satu kenyataan berkata, bilangan pelajar Malaysia yang diterima menuntut di institusi pengajian itu kali ini adalah yang paling tinggi dalam sejarah negara.

Menurutnya, mereka dipilih daripada 61,220 pemohon dengan kadar pengambilan pelajar bagi kelas 2026 adalah yang terendah dalam sejarah Harvard iaitu 3.19 peratus. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close