GovernansPilihan Editor

Bajet 2021 Jadi Harapan Rakyat, Jangan Sampai Ada Yang Terpinggir – Pengerusi BN

Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Bajet 2021 menjadi harapan semua golongan rakyat untuk turut memperkirakan ‘Post COVID-19 Economic Recovery Plan’ malah kerajaan wajib melakukan rancangan pemulihan ekonomi.

Ini kerana katanya, rakyat mahu merasai bahawa mereka bukan sekadar diberikan ikan tetapi rakyat mesti turut diberikan kail.

“Kail inilah yang diharapkan oleh Kumpulan B40 atau M40 tanpa melupakan kumpulan T20 yang turut menyumbang sebagai salah satu pemangkin ekonomi negara. Kumpulan M40 turut ramai terkesan, mungkin sebahagian dari mereka kini berada dalam Kumpulan B40.

“Malah Kumpulan Industri PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) yang merupakan 38.9% penyumbang KDNK amat-amat terkesan dan kumpulan ini wajib diberi keprihatinan khusus,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian dalam perbahasan bajet 2021 yang berlangsung menerusi persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Ujarnya, kumpulan yang hilang pekerjaan bertambah setiap hari, malah jumlah pengangguran ketara dan tidak ketara hendaklah jangan dikesampingkan.

“Rakyat sengsara kerana ramai – mengalami ‘no food on the table’ dan ‘no money in the pocket’ malah turut kehilangan tempat berteduh,” katanya.

Sehubungan itu beliau mencadangkan agar belanjawan 2021 melihat semua kumpulan agar tidak ada kumpulan rakyat yang terpinggir dan berkecil hati.

“Ini termasuklah Kumpulan profesional dan teknikal yang kehilangan pekerjaan atau terpaksa beralih ke bidang yang luar bidang profesion dan kemahiran mereka demi kelangsungan hidup berkeluarga.

“Lihatlah juga doktor-doktor persendirian yang terpaksa klinik-klinik persendirian mereka ditutup. Kumpulan GP Doctors (General Practitioners) ini wajib dibantu dengan mewujudkan skim rangsangan ekonomi yang dapat membantu mereka. Mereka kekurangan dan kehilangan pesakit.

“Bagaimana pula dengan pengusaha-pengusaha Bas Persiaran, Bas Sekolah, Bas Ekspress dan Bas Kilang yang rata-rata turut terjejas dan menerima tekanan untuk terus melakukan pembayaran bulanan dari syarikat kredit dan leasing, syarikat-syarikat sewa beli yang tidak tertakluk kepada memberi moratorium.”

Dalam masa yang sama, beliau melahirkan rasa simpati kepada pengusaha bas sekolah yang kini tanpa murid dan pelajar ke sekolah selain pengusaha bas persiaran yang selama ini menjadi penyumbang dalam industri pelancongan.

“Mereka turut sengsara akibat kemuraman sektor pelancongan terus membayar sewa beli bulanan di samping tekanan syarikat insurans yang mengenakan premium insurans yang tinggi.

“Begitu juga rumah PPR, rumah murah, rumah mampu milik yang tidak diberikan moratorium kerana mereka merupakan rakyat marhaen yang perlu diberi pembelaan oleh kerajaan.

“Sila ambil kepedulian terhadap, peminjam kenderaan persendirian, kereta terpakai (2nd hand cars) tanpa moratorium selain yuran pelajar-pelajar universiti wajib dikurangkan kerana sejumlah 1.1 juta pelajar-pelajar IPTA dan IPTS terjejas dan belia-belia dan lepasan sekolah yang penganggur tidak ketara mesti turut diberi kepedulian.”

Dalam hal ini, beliau merayu kepada institusi kewangan dan syarikat-syarikat kewangan berlesen agar bersimpati dengan peminjam-peminjam yang hilang pekerjaan dan kekurangan pendapatan kerana yang berlaku ‘delayed earning and reduce the profit’.

Sebelum itu, Zahid mengucapkan syabas kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang telah membentangkan suatu belanjawan yang baik dengan segera memahami keperluan politik dan kesengsaraan rakyat.

“Demi menjunjung titah nasihat KDYMM Yang diPertuan Agong, saya melontarkan pandangan terhadap Bajet 2021 dengan hasrat untuk mencadangkan penambahbaikkan dan saranan-saranan untuk turut melibatkan kumpulan-kumpulan yang tidak mendapat faedah terus melalui Bajet 2021.” – UMNO Online

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
Close