Duniaku Teknokrat

Affin Islamic Bank, Affin Hwang Investment Bank Rangkul Enam Anugerah

Affin Islamic Bank Bhd dan Affin Hwang Investment Bank Bhd menggondol enam anugerah di The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2024.

Affin Islamic Bank Bhd menerima anugerah ‘Best Islamic Retail Bank in Malaysia’, mencerminkan kehadirannya yang kukuh dalam sektor perbankan runcit bagi memenuhi keperluan perbankan Islam individu.

Bank ini turut mengukuhkan kedudukannya dalam kewangan lestari dengan memenangi anugerah ‘Best Islamic Syndicated Loan Renewable Energy in Malaysia’, yang mengiktiraf peranannya dalam memfasilitasi projek utama untuk sektor berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Bhd, Datuk Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin, berkata pengiktirafanini telah mengukuhkan komitmen bank itu terhadap pelanggan, inovasi dan kewangan lestari.

“Komitmen Affin Islamic Bank terhadap kelestarian jelas dilihat dalam pelbagai penyelesaian kewangan yang ditawarkan, termasuk panel solar, program pendidikan, hartanah yang diperakui Indeks Bangunan Hijau (GBI), penggunaan peribadi, serta kenderaan hibrid dan elektrik (EV),” katanya dalam satu kenyataan

Sementara itu, Affin Hwang Investment Bank Bhd membuktikan kepakarannya dalam sukuk dengan memenangi anugerah, termasuk dua anugerah untuk ‘Best Sustainability Sukuk Healthcare’ dan ‘Best Sustainability Sukuk Healthcare in Malaysia’ untuk Sukuk Wakala Kelestarian RM555 juta yang diterbitkan oleh Point Zone (anak syarikat KPJ Healthcare Bhd).

Bank ini juga memenangi anugerah ‘Best Sukuk Shipping in Malaysia’ untuk Sukuk Wakala RM425 juta oleh MTT Shipping.

Ini menunjukkan kemampuan bank dalam pengedaran dan capaian pelabur di mana bank ini turut meraih anugerah ‘Best New Sukuk in Malaysia’ untuk Sukuk Wakala RM1.5 bilion oleh Johor Corporation, menunjukkan kebolehannya dalam menstruktur sukuk yang inovatif dan berimpak tinggi.

Kemenangan terkini Affin Hwang Investment Bank sebagai ‘Best Retail Brokerage in Malaysia’ oleh Euromoney juga menekankan komitmen syarikat untuk menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian kepada pelanggannya.

Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen Affin Bank dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan tiada tandingan, kepimpinan digital dan perbankan bertanggungjawab dengan impak, selaras dengan visinya untuk menjadi firma kewangan paling kreatif dan inovatif di Malaysia. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close