GovernansMalaysiaPilihan Editor

Penubuhan Kerajaan Perpaduan Telah Pulih Sedikit Keyakinan Pelabur Antarabangsa

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Syukur ! Kerajaan Perpaduan telah pulihkan sedikit keyakinan pelabur antarabangsa !

Itulah luahan spontan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melahirkan kesyukuran bahawa kerajaan sekarang telah memulihkan sedikit keyakinan pelabur antarabangsa dan dalam negara termasuk ringgit juga diperkuatkan.

“Saya syukur kepada Allah kerana kita telah pulihkan sedikit keyakinan pelabur antarabangsa dan dalam negara malah ringgit juga diperkuat.

“Bila ringgit diperkuat itu bermakna kos import akan lebih berkurang seterusnya kos barang makanan seperti ayam dan baja dapat dikurangkan,” katanya ketika berucap pada program Kenduri Rakyat dekat Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati dekat Meru Raya, hari ini.

Hadir sama dalam program itu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Anwar berkata, kerajaan perlu memulihkan ekonomi termasuk menyediakan pendidikan lebih bermutu, menangani masalah kos sara hidup agar lebih terkawal serta menyediakan kemudahan kesihatan dan prasarana yang lebih baik. – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close