Duniaku Teknokrat

Suhaili Abd Rahman Dipilih Sebagai Presiden DPMM Labuan

Bekas Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abd Rahman dipilih sebagai Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Labuan (DPMM Labuan) yang dihidupkan semula pada mesyuarat hari ini.

Pemilihannya oleh 54 anggota baharu dan lama DPMM Labuan, turut disaksikan oleh Timbalan Presiden DPMM Pusat Norsyahrin Hamidon dan Naib Presiden Amirhamzah Karim.

Suhaili menyifatkan pelantikannya sebagai satu tanggung jawab besar bagi menyatukan usahawan tempatan selain mempromosikan pembangunan sosioekonomi Labuan.

“Ini bukan sekadar satu pelantikan yang dibanggakan tetapi turut bersertakan tanggung jawab besar bagi membantu usahawan Melayu agar setanding dengan mereka yang berjaya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di sini, hari ini.

DPMM sebelum ini dikenakan tindakan penggantungan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) membabitkan isu mesyuarat agung tahunannya pada Julai 2019 tetapi arahan itu ditarik balik pada September.

Selain itu ketika mengulas harapannya terhadap usahawan di pulau bebas cukai itu, Suhaili berkata anggota DPMM Labuan tidak hanya harus memiliki lesen tetapi pada masa sama turut mempunyai operasi dan premis perniagaan.- BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
Close