Governans

Amir Hamzah Ketuai Delegasi Malaysia Ke Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN (AFMM) ke-28 di Luang Prabang, Laos bermula hari ini sehingga Jumaat.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), delegasi yang sama juga menghadiri Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-11 serta mesyuarat berkaitan.

Mesyuarat terbabit juga dihadiri oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, tambahnya dalam kenyataan pada Rabu.

Mesyuarat membincangkan dan mengambil maklum perkembangan kerjasama kewangan seperti Dana Infrastruktur Asean (AIF) di bawah agenda penmbiayaan infrastruktur, kerjasama insurans, pembiayaan risiko bencana dan insurans (DRFI), integrasi kastam, Tetingkap Tunggal Asean, pengawalseliaan insurans, pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan pengganas serta Forum Percukaian ASEAN.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close