GovernansMalaysiaPilihan Editor

PARLIMEN: Dasar Kerajaan Perikatan Nasional Adalah Melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Secara Menyeluruh – Perdana Menteri

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Dasar kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi program pembasmian kemiskinan adalah secara menyeluruh !

Dasar kerajaan PN mengambil kira perbezaan Bumiputera dan Bukan Bumiputera !

Dasar kerajaan PN mengambil kira wilayah dan bukan wilayah termasuk di Sabah dan Sarawak !

Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Negara, Parlimen Malaysia, pagi tadi.

Ini susulan bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Senator Datuk Razali Idris mengenai inisiatif kerajaan dalam mengatasi masalah kemiskinan di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Muhyiddin turut menegaskan program pembasmian kemiskinan di negara ini dilakukan bukan sahaja mengambil kira soal kaum dan bangsa, tetapi juga fakta-fakta lain dalam usaha mewujudkan peluang yang adil dan saksama kepada semua rakyat.

“Ia bagi memastikan kekayaan dapat diagih dan dinikmati secara bersama.

“Dasar kerajaan Perikatan Nasional adalah untuk melaksanakan program pembasmian kemiskinan secara menyeluruh

“Ini mengambil kira perbezaan bumiputera dan bukan bumiputera, wilayah dan bukan wilayah termasuk di Sabah dan Sarawak dengan pelbagai inisiatif yang dilakukan pada masa lepas,” kata Perdana Menteri lagi. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close