Governans

KPK, MOSTI Kerjasama Galak Inovasi, Automasi, Mekanisasi Industri Sawit

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menggalakkan pelbagai inovasi, automasi dan mekanisasi bagi industri sawit negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata persetujuan mengenai perkara itu telah dicapai semasa perbincangan dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang semalam.

Perbincangan itu adalah mengenai pembangunan teknologi bagi penuaian sawit, katanya menerusi hantaran di X pada Rabu.

“Oleh dengan ini kami mengalu-alukan MOSTI, penyelidik, usahawan teknologi dan pihak berkepentingan yang lain dalam ekosistem ini untuk melakukan inovasi serta adaptasi teknologi yang maju bagi membantu industri sawit Malaysia,” katanya. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close