Duniaku TeknokratPilihan Editor

Anak Robert Kuok Dinamakan Sebagai CEO Shangri-La Asia, Dapat Gaji RM312,000 Sebulan

Anak perempuan Robert Kuok, Kuok Hui Kwong, akan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shangri-La Asia bermula 1 Ogos ini.

Menurut laporan The Straits Times (ST), beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif syarikat itu sejak Jun 2016 dan dilantik sebagai Pengerusi pada Januari 2017.

“Shangri-La Asia, yang disenaraikan di Hong Kong dan Singapura dalam makluman bursa hari ini berkata bahawa penyatuan peranan Pengerusi dan CEO di bawah kepimpinan Kuok (Hui Kwong) dijangka meningkatkan ‘kesepaduan strategik dan pelaksanaan operasi dengan memastikan visi yang bersatu dan konsisten di semua peringkat kepimpinan’,” menurut laporan itu.

CEO sebelum ini, Lim Beng Chee, telah bersara pada akhir tahun 2022 tetapi masih kekal dalam lembaga pengarah sebagai Pengarah Bukan Eksekutif, tambah laporan tersebut.

Laporan itu juga menyatakan bahawa Hui Kwong, 47, akan menerima gaji asas bulanan sebanyak S$94,300 (kira-kira RM312,000), selain bonus berdasarkan prestasi dan manfaat pencen.

Dalam laporan tahunan 2024, Shangri-La Asia mengendalikan lebih 100 hotel, dengan 81 daripadanya dimiliki sendiri, di bawah empat jenama utama iaitu Shangri-La, Kerry, Hotel Jen, dan Traders. – BH ONLINE

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close