GovernansPilihan Editor

Rakyat Gembira Lanjutan Moratorium – Kata Pengerusi BN

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Rakyat pasti gembira !

Rakyat pasti setuju !

Ini adalah reaksi rakyat jelata yang sememangnya mahu moratorium dilanjutkan lagi selepas hampir empat bulan menikmati kelonggaran pinjaman kewangan hasil pelaksanaan moratorium berikutan isu Covid19.

Perkara yang melegakan itu dikongsi bersama dalam entri terbaharu Twitter rasmi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melihatnya betapa rakyat pasti gembira dan setuju lanjutan moratorium selama 3 bulan lagi dan bantuan bank bersasar seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.

“Ia sejajar saranan dan permintaan pelbagai pihak,” kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO yang turut meletakkan hashtag. #lanjutanmoratorium #bantuanbankbersasar 

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan lanjutan moratorium tiga bulan bagi individu yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan berikutan impak daripada pandemik COVID-19 manakala yang selebihnya kerajaan akan melaksanakan pendekatan bersasar.

Bagi individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun ini dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, mereka akan menikmati moratorium lanjutan bersasar untuk tempoh tiga bulan, katanya.

Muhyiddin berkata, selepas tiga bulan, tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung kepada situasi individu masing-masing.

 “Keputusan ini dicapai selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Gabenor Bank Negara Malaysia,” katanya semasa pengumuman lanjutan moratorium dan bantuan bersasar tersebut hari ini.

Kadar pengangguran negara mencecah 5.3 peratus pada Mei yang melibatkan 826,100 orang.

Program Subsidi Upah kerajaan telah membantu melindungi  2.4 juta pekerjaan

Setakat 19 Jun, RM4.89 bilion telah diluluskan bagi 303,596 majikan untuk memanfaatkan kepada lebih 2.4 juta pekerja.

Kerajaan juga mengumumkan tempoh moratorium enam bulan dari April hingga September 2020, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat PRIHATIN ketiganya untuk mengurangkan impak daripada pandemik itu

Beliau berkata setakat 20 Julai, pinjaman tertangguh/pembayaran semula pembiayaan di bawah moratorium itu dianggarkan mencecah RM59 bilion, memanfaatkan kira-kira 7.7 juta rakyat Malaysia atau 93 peratus daripada peminjam individu.

Sebelum ini pun, Ahmad Zahid telah mengesyorkan dua saranan kepada kerajaan dan pihak berwajib iaitu bank-bank melanjutkan tempoh moratorium kepada peminjam dan Bank Negara Malaysia perlu menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada sekitar 0 peratus.

Moratorium telah memberikan manfaat yang sangat besar bukan sahaja kepada peminjam, malah merupakan antara polisi penting yang berjaya menyelamatkan ekonomi negara kerana ia telah mempertahankan tingkat perbelanjaan sektor domestik (isirumah dan perniagaan) daripada terus merudum. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close