MalaysiaPilihan Editor

Anwar Urus Kepelbagaian Yang Melatari Kerajaan Perpaduan Secara Objektif – Setpol Kanan Kepada Perdana Menteri

Lihat secara objektif pencapaian 100 hari PM

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

“Sebagai Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga harus urus kepelbagaian (ideologi politik) yang melatari Kerajaan Perpaduan ini, ” kata Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Alhamdulillah, kata Setiausaha Politik Kanan itu bahawa dalam tempoh berkenaan  sudah ditubuh Sekretariat Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam kelmarin.

Malahan, Shamsul turut menekankan rakyat perlu melihat secara objektif hasil pencapaian 100 hari pentadbiran Perdana Menteri menerajui Kerajaan Perpaduan.

“Dalam tempoh itu, antara perkara dilaksanakan ialah pengenalan Malaysia Madani, pembentangan Belanjawan Madani dan pengukuhan dasar luar bagi menarik pelaburan.

PUTRAJAYA, 29 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga,kanan) ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan November 2022 di Dataran Perdana Putra, Bangunan Perdana Putra. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (empat,kanan) dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun (dua,kanan). –fotoBERNAMA (2022) 

 

“(Penilaian 100 hari) ini satu perkara yang biasa dalam amalan politik di negara kita… ia juga sangat membantu dalam memberikan kita satu ‘tekanan’ bagi menyelesaikan sesuatu perkara dalam masa 100 hari, (penyelesaian) harus disegerakan,” ujar beliau lagi.

Shamsul berkata, ini membuktikan seluruh parti dalam Kerajaan Perpaduan bersepakat memastikan kestabilan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Anwar.

“Walaupun ada dalam kalangan pembangkang yang cakap ‘tebuk atap dinding nak runtuh,’ mereka boleh cakap sesuka hati mereka.

“Kita (sebagai kerajaan) mempunyai persefahaman bahawa persepaduan parti dalam Kerajaan Perpaduan ini bertujuan menyampaikan, memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat. Pada saya, itu sangat mustahak dan difahami pemain serta pemimpin politik kita,” katanya.

Anwar mengangkat sumpah jawatan dan mula menerajui Kerajaan Perpaduan pada 24 November 2022, lima hari selepas keputusan rasmi PRU15 dan hari ini genap 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri.

Perdana Menteri ke-10 di Pejabat Perdana Menteri House, 24 November 2022. – SADIQ ASYRAF

Buat kali pertama dalam sejarah negara, keputusan pilihan raya umum berakhir dengan situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah 112 kerusi bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

Menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya parti dan gabungan politik mempertimbang penubuhan Kerajaan Perpaduan bagi mengakhiri kemelut pasca-PRU15, akhirnya hasil rundingan antara parti bersetuju dan menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan diterajui PH. – BACALAHMALAYSIA.MY/BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close