MalaysiaPilihan Editor

KINABALU MEMILIH: BN Kemuka 81 Peratus Muka Baharu

 Barisan Nasional (BN) Sabah akan mengemukakan 81 peratus calon muka baharu, termasuk 50 peratus anak muda pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata jumlah itu dipertaruhkan di 48 kerusi yang disasarkan BN, yang merangkumi UMNO, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), manakala selebihnya diserahkan kepada Pakatan Harapan (PH).

Katanya, senarai calon dan kerusi yang ditandingi akan diumumkan seminggu sebelum hari penamaan calon yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada mesyuarat khasnya Khamis ini.

“Saya ingin memaklumkan hampir 81 peratus adalah calon muka baharu dan anak-anak muda untuk BN menghadapi PRN17 Sabah dengan kerjasama PH untuk mengekalkan kestabilan politik di seluruh negara,” katanya pada sidang media BN Sabah, di sini.

“Kita dalam ‘mood’ bersiap siaga sepenuhnya dan bersemangat 100 peratus untuk berhadapan dengan PRN17 dan kita telah mengarahkan seramai 614,994 ahli UMNO di seluruh Sabah dan daripada jumlah itu seramai 474,252 orang adalah ahli UMNO yang boleh mengundi.

“Kita akan mengumumkan kerusi dan senarai calon satu minggu sebelum penamaan calon dan pada ketika itu juga kita akan melancarkan jentera pilihan raya BN.

“Kita juga akan melancarkan janji tawaran baharu kita iaitu rancangan pembangunan Sabah 1 kepada rakyat negeri Sabah.

“Bermacam-macam tawaran kita buat, tawaran-tawaran baharu kepada rakyat negeri Sabah untuk kita memperbetulkan ekonomi dan juga masa depan hidup rakyat negeri Sbah termasuk anak-anak muda,” katanya.

Sementara itu, Bung Moktar berkata, jika BN kembali membentuk kerajaan, tiga masalah serangkai iaitu air, elektrik dan jalan raya akan diberi keutamaan untuk diselesaikan.

Katanya, isu air akan diselesaikan dalam masa tiga tahun, manakala masalah jalan raya dan elektrik akan diselesaikan secara ‘straight forward’.

“Masalah air kita akan selesai dalam tiga tahun, jalan raya diselesai ‘straight forward’, cuma perlu tekanan, contohnya Lebuhraya Pan Borneo, kerajaan negeri perlu memberi tekanan kepada kerajaan Persekutuan mempercepatkan peruntukan.

“Isu elektrik ‘straight forward’ juga, yang masalah utama sekarang ini air bersih,” katanya.

Bung Moktar berkata, BN Sabah antara lain akan menggariskan pendidikan percuma kepada anak Sabah hingga ke universiti dan menubuhkan tabung kemakmuran negeri yang mengutamakan masa depan rakyat Sabah. – BH ONLINE/BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close