MalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: ‘Undi PH, BN Masuk Neraka’: Permohonan Maaf Ketua Pemuda PAS Sik ‘Tak Jalan’

Beberapa hari lalu, tular rakaman video memaparkan Ketua Pemuda PAS Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir dalam ceramah kempennya mengeluarkan hukum sesiapa mengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan masuk neraka.

Susulan penyebaran video berdurasi 28 saat itu, beliau menerima kritikan daripada pelbagai pihak dan semalam, Mohd Shahiful dalam satu kenyataan, memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berkaitan isu ‘undi BN dan PH masuk neraka‘.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, berkata laporan juga akan dibuat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Dia ingat dia hasut orang, ugut orang guna agama untuk menakutkan orang Melayu. Dia ingat dia akan terlepas dari undang-undang,” katanya ketika berucap di Ceramah Mega Ayuh Malaysia di Bukit Gambir, Ledang, malam tadi.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR mengingatkan PAS supaya tidak membuat sebarang provokasi menggunakan sentimen agama dan perkauman.

“Lain kali kalau nak masuk pilihan raya, cakap dengan pengundi, macam mana nak bantu pengundi, beritahu mereka apa perancangan PAS untuk orang Melayu, Cina dan India.

“Janganlah guna agama kata orang itu masuk neraka, orang ini kafir, undi tak masuk syurga,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close