Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: Ingress Swede Automobile Mutiara Damansara Sambut Ulangtahun 1, Penggemar Volvo Perlu Rebut Peluang

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Ingress Swede Automobile Sdn Bhd (Ingress Swede), wakil pengedar kenderaan Volvo melahirkan hasrat positi bahawa jualan kenderaan Volvo edarannya akan kembali pulih susulan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian cukai jualan kepada semua kenderaan penumpang CKD dan 50 peratus bagi model CBU.

Pengedar Prinsipal Ingress Swede, Mohd Azeman Mohamed Akram ketika ditemui berkata, pelanggan perlu melihat dan merebut peluang ini dengan membuat tempahan awal kereta Volvo sebelum tempoh pengecualian ini berakhir sebelum akhir tahun ini.

Dalam pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jun lalu menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi negara (PENJANA) bahawa kerajaan akan mengecualikan cukai jualan sepenuhnya bagi kereta penumpang CKD dan 50 peratus bagi model CBU.

Pengecualian ini bermula dari tempoh 15 Jun lalu hingga 31 Disember 2020 bertujuan menggalakkan semula pertumbuhan industri automotif negara yang terkesan teruk akibat wabak pandemik COVID-19.

Terdahulu Ingress Swede semalam (12 September 2020) menyambut ulang tahun pertama dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik kepada pelanggannya.

Ingress Swede, syarikat milik Bumiputera sepenuhnya yang terletak di Mutiara Damansara, menurut Eksekutif Pemasaran dan IT, Abdul Azim Abdul Halim berkata, tarikh 12 September adalah ulang tahun pertama Ingress Swede beroperasi di Mutiara Damansara.

Beliau berkata, antara aktiviti yang diadakan dari jam 9 pagi hingga 6 petang termasuk sesi pandu uji semua model Volvo, bengkel Terrarium, kendera saji (food trak), program pokok angkat dan refleksologi.

“Kami menyediakan makanan dan minuman percuma kepada semua pengunjung yang hadir dan mereka juga boleh menyertai aktiviti bengkel Terrarium secara percuma.

“Kami juga menyediakan sesi pandu uji kepada pelanggan yang mahu mencuba semua barisan kenderaan Volvo yang diedarkan,” katanya.

Beliau berkata, antara tawaran menarik yang disediakan kepada orang ramai yang menempah kenderaan Volvo pada hari ini ialah telefon pintar iPhone 11 percuma dan filem penapis haba 3M atau Llumar dan coating percuma.

Untuk pembelian Volvo S60 dan S90 bagi tempoh sehingga 30 September ini, pelanggan layak menikmati insurans kereta percuma, pengoptimum Polestar percuma dan percuma VSA 5+. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

INGRESS SWEDE AUTOMOBILE SDN BHD

  • 10, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
  • 47800 Petaling Jaya, Selangor
  • TEL: 03 7732 7555
  • Emel: [email protected]

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close