Duniaku TeknokratPilihan Editor

Bekas CEO Bursa Malaysia Meninggal Dunia

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia Bhd, Datuk Yusli Mohamed Yusoff meninggal dunia pada usia 63 tahun hari ini.

Beliau yang memegang jawatan sebagai pengarah di FGV Holdings Bhd, AirAsia X Bhd, Westports Holdings Bhd dan KPJ Healthcare Bhd, sebelum ini dilaporkan menghidap kanser.

“Seluruh petugas Kumpulan FGV mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Yusli Mohamed Yusoff, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah FGV Holdings Bhd, yang telah kembali ke rahmatullah pada Khamis, 10 Mac 2022 bersamaan 7 Syaaban 1443H.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aamin ya rabbal alamin,” demikian menurut satu hantaran di laman Facebook FGV, petang ini.

Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Persatuan Syarikat Pembrokeran Saham Malaysia dari 2003 hingga 2004.

Yusli menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Essex, United Kingdom pada 1981.

Beliau memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun sama sebagai Pelatih Akauntan bersama Peat Marwick Mitchell & Co di London, United Kingdom.

Sekembalinya ke negara ini, beliau memegang pelbagai jawatan penting di beberapa kumpulan perindustrian dan kewangan, memberikannya pengalaman luas di pelbagai industri termasuk pembangunan hartanah dan infrastruktur, telekomunikasi, kejuruteraan serta perbankan. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close