Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: Mitsubishi Antara Tiga Jenama Bukan Nasional Terlaris

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, merekodkan peningkatan 66 peratus jualan kenderaan pada tahun kewangan 2021yang berakhir 31 Mac 2022 kepada 19,217 unit berbanding tahun kewangan sebelumnya.

Pencapaian itu meletakkan syarikat automotif dari Jepun itu dengan selesa dalam tiga tempat teratas kategori automotif bukan nasional.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, berkata pihaknya merekodkan peningkatan jualan yang amat menggalakkan di sebalik penyusutan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 6.7 peratus berbanding tempoh sama pada tahun kewangan 2020 dari April 2020- Mac 2021.

Katanya, Mitsubishi Xpander terus mendominasi segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) bukan nasional di Malaysia, dan juga menerajui jualan untuk jenama Mitsubishi Motors.

“Trak pikap Mitsubishi Triton juga mengekalkan bahagian pasaran yang kukuh hampir 21.4 peratus dan kekal sebagai salah satu pilihan kegemaran dalam segmen trak pikap walaupun berdepan persaingan daripada pesaingnya yang baru dilancarkan.

Ikeda berkata, secara umumnya, dua tahun lalu adalah sukar bagi industri automotif, bukan sahaja dengan peningkatan kes Omicron tetapi banjir yang menjejaskan Lembah Klang dan wilayah Pantai Timur, serta kekurangan alat ganti atau cip.

“Banyak halangan yang perlu diatasi oleh industri, justeru untuk prestasi jualan berkembang adalah kejayaan yang ketara bagi kami. MMM mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memula dan melanjutkan pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) beberapa tahun kebelakangan ini.

“Dengan ini, pelanggan boleh menikmati penjimatan tambahan sambil ia juga memberi kami masa untuk memenuhi semua tempahan tempahan yang dibuat. ” katanya.

Beliau menambah, syarikat akan terus membuat maju ke hadapan dengan momentum yang kukuh untuk 2022.

“Kami sedar bahawa sebilangan besar pelanggan menyasarkan untuk membeli kereta sebelum pengecualian SST tamat pada akhir Jun.

“Kami meneruskan usaha terbaik untuk memenuhi jumlah tempahan dan telah meningkatkan kapasiti pengeluaran sambil mengekalkan tahap kualiti produk yang tinggi.

“Pelanggan yang meletakkan kami di sini, justeru memberikan kemudahan dan keyakinan sepenuhnya terhadap jenama ini adalah keutamaan kami,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close