Duniaku TeknokratMalaysiaPilihan Editor

Awang Adek Dilantik Jadi Pengerusi Baharu SC

Datuk Dr Awang Adek Hussin dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang baharu bermula 1 Jun ini menggantikan Datuk Syed Zaid Syed Jaffar Albar.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima peletakan jawatan Syed Zaid sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya SC yang akan berkuat kuasa pada 31 Mei 2022.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan, serta khidmat bakti beliau sepanjang tempoh sebagai Pengerusi Eksekutif SC sejak 1 November 2018 hingga 30 Mei 2022.

“Bagi memastikan peralihan yang lancar dan teratur serta memastikan kesinambungan pentadbiran SC, Kementerian Kewangan melantik Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai Pengerusi Eksekutif SC yang baharu berkuat kuasa selama tiga tahun mulai 1 Jun 2022 hingga 31 Mei 2025.

Awang Adek mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang pasaran modal dan kewangan Islam.

Antara pengalaman beliau adalah sebagai Penolong Gabenor di Bank Negara Malaysia (BNM), bekas ahli Lembaga Pengarah SC, bekas Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB), Ketua Pengarah pertama bagi Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Persisir Labuan (LOFSA), bekas Duta Besar Malaysia ke AS dan pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada tahun 2006 hingga 2013.

“Berbekalkan pengalaman yang ada, Kementerian Kewangan yakin Awang Adek mampu memberi sumbangan cemerlang demi memastikan SC mencapai matlamatnya untuk menjadi organisasi yang berprestasi tinggi,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close