Dimensi Bisnes

BACALAH AUTO: Sunway, IKTBN Dusun Tua Bekerjasama Tawar Latihan EV

Kumpulan Sunway menjalin kerjasama strategik dengan Institut Latihan Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di Dusun Tua bagi menawarkan latihan dalam bidang berkaitan kenderaan elektrik (EV).

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata IKTBN Dusun Tua yang juga sekolah vokasional awam di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan bersama dengan Kumpulan Sunway berkongsi pengetahuan dalam bidang elektrik dan mekanikal serta teknologi automotif.

“IKTBN Dusun Tua akan menjalin kerjasama dengan Sunway dalam memberikan pendedahan awal teknologi EV kepada pelajar dalam bidang teknologi automotif. Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) sedang merintis pendidikan dan latihan dalam sistem EV.

“Kerjasama pihak swasta ini boleh menerangi laluan yang lebih baik dalam bidang ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan Sunway, Foo Shiang Wyne, pula berkata, menjelang 2025, dianggarkan 200 pelajar akan mengikuti kursus EV sepenuh masa di salah satu daripada tiga sekolah vokasional KBS di Dusun Tua, Selangor; Chembong, Negeri Sembilan dan Jitra, Kedah.

Katanya, 500 pekerja lagi akan mendaftar secara kursus peningkatan kemahiran jangka pendek dalam penyelenggaraan dan pembaikan EV.

“Diterajui oleh bahagian perniagaan perdagangan dan pembuatan Sunway serta pengurusan hartanah dan kemudahan, inisiatif ini akan membabitkan kandungan kurikulum IKTBN Dusun Tua, pemindahan pengetahuan antara pengajar TVET dan eksekutif Sunway serta rangkaian industri melalui penempatan latihan,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close