Dimensi Bisnes

BACALAH AUTO: Tesla Turunkan Harga Jualan Kereta Elektrik Di Malaysia

Tesla mengumumkan penurunan harga sebanyak RM8,000 bagi Model 3 dan Model Y, menjadikan kedua-dua kenderaan elektrik (EV) itu lebih berpatutan dan boleh dibeli oleh khalayak pengguna lebih meluas.

Berkuat kuasa hari ini, Model 3 dan model Y masing-masing berharga daripada RM181,000 dan RM191,000, dengan kedua-dua EV itu boleh ditempah di pusat pengalaman Tesla atau laman web rasmi Tesla.

Tesla Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kenderaan Tesla layak mendapat pengecualian duti import dan eksais penuh sebagai pengecualian cukai jalan 100 peratus, dan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 untuk perbelanjaan berkaitan mengecas EV.

“Tesla terus memberikan pengalaman pemilikan yang komprehensif dengan menyediakan penyelesaian pengecasan yang lancar dan penyepaduan teknologi ‘Plug and Charge’ yang terbaik untuk menggambarkan pengalaman pengecasan Tesla,” katanya.

Dengan bayaran Pengecasan Super setiap penggunaan sebanyak RM 1.25/kWj, Tesla memastikan pengecasan yang cekap kos

Sehingga hari ini, Tesla mempunyai tujuh stesen Pengecas Super (36 pengecas) dan 10 stesen Pengecasan Destinasi (61 pengecas) di Malaysia, dengan pengembangan berterusan untuk memudahkan perjalanan antara Malaysia dan Singapura, di mana terdapat 11 stesen pengecasan super dan sembilan stesen Pengecasan Destinasi.

Tesla komited untuk terus memajukan infrastruktur pengecasannya di Malaysia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kenderaan itu di seluruh rantau. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close