Duniaku TeknokratPilihan Editor

Intan Nabilaa Idrus Harumkan Nama Malaysia, Dinobatkan Anugerah Setiausaha Korporat Yang Meningkat Anugerah Global Governance CSIA

Intan Nabilaa Idrus dari Fareez Shah & Partners, Malaysia menerima anugerah Setiausaha Korporat Yang Meningkat pada majlis penyampaian Anugerah Global Governance yang dianjurkan oleh Corporate Secretaries International Association Limited (CSIA) pada 23 April lalu di sini.

Majlis dianjurkan bersama dengan Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Malaysia (MAICSA).

Anugerah Global Governance menampilkan tiga kategori iaitu Setiausaha Korporat Global, Setiausaha Korporat Yang Meningkat dan Tadbir Urus Profesional.

Pemenang bagi setiap kategori telah ditentukan melalui proses pemilihan yang dilakukan oleh juri antarabangsa yang terdiri daripada pakar dan pemimpin tadbir urus korporat.

Presiden CSIA, Datuk Suseela Menon, berkata dalam persekitaran perniagaan yang dinamik pada hari ini, peranan setiausaha korporat telah berkembang menjadi ‘gatekeeper’ tadbir urus dan penasihat kepada Lembaga Pengarah.

“Anugerah Global Governance anjuran CSIA adalah bukti kepada dedikasi teguh CSIA dalam mengiktiraf kepimpinan dan inovasi tadbir urus korporat seterusnya membuktikan ahli-ahli CSIA adalah pemangkin kepada evolusi amalan-amalan tadbir urus,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Mahadhir Aziz, pula berkata, dalam dunia korporat hari ini, menerima transformasi digital adalah penting untuk tadbir urus yang berkesan.

Beliau berkata, mengintegrasikan teknologi digital berupaya meningkatkan operasi, ketelusan dan adaptasi.

“Ini dapat mengukuhkan tadbir urus, membantu organisasi mengurus risiko dan merebut peluang baharu dalam era digital,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close