Dimensi Bisnes

BACALAH AUTO: Chery lancar TIGGO Cross Sport Edition dengan harga promosi RM83,800

Chery Malaysia menawarkan satu lagi pilihan kepada pengguna dengan pelancaran TIGGO Cross Sport Edition pada harga RM91,800, dengan harga promosi RM83,800.

Model berkenaan berasaskan varian TIGGO Cross Turbo dan menerima kemasan luaran baharu termasuk ‘spoiler lip’ di bahagian hadapan serta belakang, selain elemen diffuser yang memberikan penampilan lebih ‘sporty’.

Daripada segi mekanikal, ia menggunakan enjin petrol turbo 1.5 liter yang menghasilkan 145 kuasa kuda dan tork maksimum 210Nm, dipadankan dengan transmisi dwi-klac automatik serta pacuan roda hadapan.

TIGGO Cross Sport Edition melengkapkan rangkaian TIGGO yang kini merangkumi pilihan enjin petrol, hibrid dan ‘plug-in hybrid’, termasuk model yang menggunakan teknologi Chery Super Hybrid (CSH).

Pengenalan varian baharu itu memberi Chery satu lagi produk untuk bersaing dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV), ketika pasaran berkenaan semakin kompetitif.

Sementara itu, model TIGGO menyumbang 66 peratus daripada keseluruhan jualan Chery Malaysia pada 2025, meningkat daripada 37 peratus pada 2024 dan 16 peratus pada 2023.

Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang, berkata siri TIGGO akan kekal sebagai fokus utama strategi produk syarikat pada 2026, manakala teknologi CSH terus menjadi sebahagian daripada hala tuju produk berkenaan.

“Bagi 2026, kami menjangkakan produk CSH menyumbang 30 peratus daripada campuran jualan, didorong peningkatan minat terhadap kenderaan hibrid berteknologi tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Chery Malaysia sebelum ini merekodkan jualan terkumpul 30,073 unit bagi tempoh 2023 hingga 2025, dengan 12,930 unit dihantar kepada pelanggan negara ini sepanjang tahun lalu. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close