MalaysiaPilihan Editor

Tiada Peluang Bagi Mereka Yang Melompat Dan Khianati Parti – Pengerusi BN

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Tiada peluang !

Bagi mereka yang melompat !

Bagi mereka yang khianati parti !

Ini ditegaskan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika melakukan lawatan kerja dan perjumpaan empat peringkat UMNO Bahagian Ranau di Sabah.

Pemerhati politik menyifatkan kenyataan tegas KETUA PANGLIMA bagi pemimpin tertinggi BN itu sebagai tiada lagi kompromi kepada kumpulan yang telah terjun dari kapal yang karam sewaktu kekalahan teruk UMNO-BN selepas keputusan Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Malahan pemerhati politik juga mula mendapati kumpulan katak melompat dan meninggal parti begitu sahaja mula menghimpit UMNO-BN dan Muafakat Nasional berdasarkan kedudukan politik sekarang semakin tidak menentu dan semakin memihak kepada parti yang mempunyai majoriti kerusi.

Tidak ada salahnya Ahmad Zahid berkata demikian kerana tika UMNO-BN menghadapi ujian yang berat ketika itu, siapa yang mengharungi bahtera itu ? Siapa nakhoda yang tinggal ketika itu ? Siapa pemimpin yang masih taat setia ketika itu ? Siapa penyokong atau orang UMNO yang tinggal ketika itu ?

Dalam hal ini, Presiden UMNO secara terbuka menegaskan bahawa UMNO amat sanjung tinggi mereka yang setia dan berdiri teguh di belakang parti sepanjang masa.

“Apatah lagi ketika UMNO hadapi ujian.

“Tiada peluang bagi mereka yg melompat dan khianati parti,” kata Ahmad Zahid dalam entri terbaharunya di Twitter yang turut memuatkan hashtag #UMNObangkit.

Di majlis itu, Pengerusi BN turut berkesempatan menerima ramai keahlian baharu UMNO di Ranau, Sabah petang tadi.

Ini membuktikan UMNO dan BN masih relevan dan diterima oleh rakyat Sabah, menurut dalam entri berkenaan yang turut memperlihatkan kepimpinan empat peringkat UMNO Bahagian Ranau tetap segar dan bersemangat.

Terdahulu, gerak kerja Ahmad Zahid adalah ke Kundasang yang mengambil perjalanan selama dua jam yang disifatkan berbaloi.
“Semangat Skuad Sabil Sabah dan Pemuda Barisan Nasional Sabah jelas luar biasa.
“Mereka sudah bersiap sedia menghadapi PRN Sabah.
“Rakyat Sabah rindukan BN,” kata Ahmad Zahid lagi. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close