Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: Volvo Car Malaysia Melangkah ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya

Memperkenalkan XC40 Recharge Pure Electric

Volvo Car Malaysia secara rasminya melangkah ke masa depan elektrik sepenuhnya dengan pengenalan model kenderaan elektrik (EV) penuh, XC40 Recharge Pure Electric untuk pasaran Malaysia.

Usaha ini adalah sebahagian daripada wawasan global Volvo untuk menjadi syarikat elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

Hingga ke hari ini, Volvo merupakan satu-satunya pengeluar automotif di Malaysia dengan pemasangan tempatan (CKD) rangkaian hibrid plug-in (PHEV).

Semasa sidang media pelancaran XC40 Recharge Pure Electric, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump turut membuat beberapa pengumuman besar seperti berikut:

  • Volvo Car Malaysia menyasarkan untuk menjadi jenama kereta mewah elektrik terkemuka di Malaysia;
  • Mulai 2022, Volvo Car Malaysia akan melancarkan satu model kenderaan elektrik (EV) baru setiap tahun;
  • XC40 Recharge Pure Electric adalah EV pertama Volvo di Malaysia;
  • Volvo Car Malaysia adalah jenama kereta mewah pertama di negara ini yang membuat pemasangan tempatan EV dalam bentuk unit CKD;
  • Harga XC40 Recharge Pure Electric akan diumumkan pada 4 April 2022, di mana pelanggan boleh menempah secara dalam talian pada hari yang sama 
  • Penghantaran XC40 Recharge Pure Electric akan bermula pada penghujung April 2022;
  • Harga mudah (hassle-free) untuk XC40 Recharge Pure Electric di seluruh Malaysia;
  • Volvo Car Malaysia akan mula mengeksport kenderaan elektrik ke pasaran dalam rantau ASEAN tidak lama lagi.

Volvo Car Malaysia menyasarkan untuk mempercepatkan transformasinya ke arah elektrifikasi dengan sumbangan 75% daripada barisan kenderaan elektrik penuhnya menjelang 2025.

Menerusi cita-cita tinggi ini, Volvo menyasarkan untuk menjadi pengeluar kereta EV premium terkemuka di Malaysia.

Bagi memulakan langkah terbarunya ke arah elektrifikasi, Volvo Car Malaysia telah memperkenalkan XC40 Recharge Pure Electric, kereta elektrik penuhnya yang pertama.

Pengarah Urusan Volvo Var Malaysia, Charles Frump berkata, “Volvo Car Malaysia bersedia untuk melaksanakan rancangan global Volvo ke arah mengeluarkan kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030, bermula dengan pelancaran XC40 Recharge Pure Electric pada hari ini.

“XC40 Recharge Pure Electric hanyalah salah satu daripada pelbagai inisiatif kami untuk menggalakkan para pengguna menggunakan kenderaan elektrik ke arah masa depan yang lebih lestari.

“Menjelang pertengahan dekad, kami menyasarkan untuk mengurangkan keseluruhan pelepasan kitaran hayat CO2 bagi setiap kereta sebanyak 40 peratus.

“Untuk mencapai usaha ini, ia lebih daripada sekadar mengurangkan pelepasan paip ekor melalui elektrifikasi tetapi juga melibatkan pengurangan pelepasan CO2 merentasi operasi dan rantaian bekalan kita.

Dibina di atas platform SUV premium kecil XC40, XC40 Recharge Pure Electric menampilkan penjana kuasa pacuan semua roda elektrik sepenuhnya yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 418 km* sekali caj.

Pengenalan XC40 Recharge Pure Electric menandakan kejayaan Volvo Car Malaysia, dalam usahanya ke arah menjadi syarikat neutral-iklim menjelang 2040.

Meneruskan pencapaian bersejarah Volvo Car Malaysia, XC40 Recharge Pure Electric bagi pasaran Malaysia adalah unit CKD pemasangan tempatan.

Syarikat automotif premium itu juga akan mengeksport kenderaan elektrik sepenuhnya ke pasaran dalam rantau ASEAN tidak lama lagi.

Dengan keupayaannya memasang kereta elektrik penuh menerusi kilang pemasangan tempatan miliknya sendiri, Volvo Malaysia akan melancarkan satu model kenderaan elektrik baru di Malaysia pada setiap tahun untuk tempoh lima tahun akan datang. 

Volvo XC40 Recharge Pure Electric akan dipamerkan di semua pengedar sah Volvo di Malaysia mulai 4 April 2022.

Penghantaran XC40 Recharge Pure Electric akan bermula pada penghujung April 2022 dan seterusnya, untuk semua lokasi di seluruh Malaysia.

Para pembeli yang berminat boleh menempah pandu uji melalui  www.volvocars.com/my

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti  Volvo Car Malaysia di Facebook dan Instagram . – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close