MalaysiaPilihan EditorTwo Cents

Budibicara & Kebijaksanaan Sultan Perak Wajib Dipatuhi – Peguam Muda Kampung

Oleh Faisalludin Mohamat Yusuff

 

Situasi politik yang melanda negeri Perak masa ini berbeza dengan apa yang berlaku pada tahun 2008 dahulu.

Jika kita imbas semula pada tahun 2008, Pakatan Rakyat (PR) telah memerintah Negeri Perak selepas Pilihanraya Umum yang diadakan pada 8 Mac 2008, di mana PR telah memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak dan kerusi selebihnya dimenangi oleh Barisan Nasional (‘BN’).

Pada 5 Februari 2009, tiga orang ADUN yang menyokong PR telah mengisytiharkan bahawa mereka tidak lagi bersama dengan PR.

Ini menyebabkan Dato Seri Nizar telah hilang majoriti di dalam dewan dan beliau telah mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan diadakan pilihanraya negeri.

Walaubagaimanapun, permohonan untuk membubarkan DUN ditolak oleh DYMM Sultan Perak dan Dato Seri Nizar diarahkan untuk meletakkan jawatan.

Susulan dari itu, Dato Seri Dr Zambry telah dilantik menjadi MB Perak yang baru tanpa perlu diadakan semula PRN.

Tidak berpuashati dengan keadaan yang berlaku, Dato Seri Nizar telah memfailkan kes di Mahkamah terhadap Dato Seri Dr Zambry dan akhirnya Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan antara lainnya bahawa “dalam semua kes pun, keputusan sama ada untuk membubarkan Dewan Undangan atau tidak merupakan budi bicara mutlak DYMM.

DYMM tidak bertindak atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perkara pembubaran Dewan Undangan, seperti yang jelas dinyatakan dalam Perkara XVIII(2)(6) Perlembagaan Negeri”.

Mahkamah Persekutuan selanjutnya di dalam kes Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin v. Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Attorney General (Intervener) [2010] 2 CLJ 925 telah menegaskan bahawa:-

 

“The issue is whether HRH had acted within his authority in so doing. The answer to this question lies on the construction to be given to art. XVI(6) of the State Constitution which states:

The Executive Council

(6)          If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.

This article contemplates a situation where the MB ceases to command the confidence of the majority of the members of the LA. In such a circumstance he may request for the dissolution of the LA so that a fresh election can be held. Such a request must be addressed to HRH, but in the event HRH rejected his request for the dissolution of the LA then he shall tender the resignation of the Executive Council. By definition ‘Executive Council’ consists of the MB appointed by HRH under art. XVI(2)(a) and other members of the Executive Council appointed under art. XVI(2)(b).”

 

Kini, Perak sekali lagi dilanda krisis politik apabila Dato Seri Faizal Azummu hilang kepercayaan dan sokongan oleh 48 ahli dewan negeri.

Berbeza dengan situasi pada tahun 2008, Dato Seri Faizal Azummu tidak memohon pembubaran dewan undangan negeri dan beliau telah meletakkan jawatan serta menyerahkan kepada budibicara DYMM Sultan Perak untuk membuat sebarang keputusan.

Saya percaya dengan penuh yakin di atas kemampuan DYMM Tuanku Sultan Nazrin yang mewarisi kebijaksanaan Almarhum Ayahanda Tuanku dalam mencari jalan penyelesaian kepada kemelut politik ini.

Pastinya rakyat Perak khasnya dan keseluruhan rakyat negara ini amnya mahukan agar keadaan politik di Perak tidak sampai ke tahap pembubaran dewan undangan negeri ditaktala wabak covid 19 masih mengganas.

Titah Tuanku Sultan agar parti politik di negeri ini mencari formula terbaik untuk tubuhkan kerajaan negeri yang baharu wajib dipatuhi.

Sebagai anak jati dan rakyat negeri Perak apatah lagi bekas pelajar yang belajar di Madrasah Idrisiah Bukit Chandan Kuala Kangsar, Istana Perak amat dekat dan sangat hampir dengan diri saya.

Sedemikian, apa sahaja keputusan yang akan dibuat oleh Baginda Tuanku Sultan Perak akan kami patuhi kerana ianya pasti untuk kebaikan rakyat negeri ini. – BACALAHMALAYSIA.MY

Daulat Tuanku.

Daulat Tuanku.

Daulat Tuanku.

 

  • Penulis ialah Peguam Muda Kampung

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close