Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

BACALAH AUTO: Volvo Car Malaysia Tingkatkan Penglibatan Majikan Melalui Dasar ‘Family Bond’

Keutamaan Volvo Cars kepada insan melihat lebih 160 orang pekerja global memanfaatkan cuti paterniti selama 24 minggu

Selepas setahun memperkenalkan dasar Family Bond di peringkat global, Volvo Car Malaysia meneruskan usaha menyokong kelayakan cuti paterniti yang saksama, merapatkan jurang antara jantina dan menyediakan peluang yang sama rata untuk pertumbuhan kerjaya. 

Dasar Family Bond  memberi semua pekerja di pejabat dan kilang Volvo Car Malaysia yang telah bekerja selama sekurang-kurangnya satu tahun dengan cuti paterniti selama 24 minggu.

Dasar ini terpakai untuk ibu dan bapa, termasuk ibu bapa angkat dan boleh digunakan pada bila-bila masa dalam tempoh tiga tahun pertama mereka menjadi ibu bapa. 

 Ketika berkongsi pengalaman, Veena Menon, Pengurus CRM di Volvo Car Malaysia berkata: “Sebagai ibu kepada tiga orang cahaya mata, saya sangat bersyukur mendapat cuti paterniti berbayar selama 24 minggu apabila saya melahirkan bayi saya.

“Saya menghargai kepentingan ikatan awal kasih sayang dalam pembesaran anak. Itulah sebabnya saya gembira dapat menggunakan manfaat dasar Family Bond  untuk membina ikatan dengan bayi semasa tempoh yang paling penting dalam kehidupan dia.”

“Saya merasa sangat gembira berada dalam sebuah organisasi yang moden dan progresif seperti ini.

“Volvo sentiasa memberi tumpuan kepada insan dan menerusi Family Bond, syarikat memberi peluang kepada ibu dan juga bapa untuk memainkan peranan yang saksama dalam membesarkan anak mereka.

“Dalam sebuah masyarakat yang maju, kesaksamaan jantina adalah sangat penting dan persoalan sama ada seseorang perlu memilih antara kerjaya atau keluarga sepatutnya tidak timbul.

“Saya harap lebih banyak organisasi yang akan mengikuti jejak langkah Volvo Cars dalam menawarkan cuti paterniti berbayar demi kesejahteraan keluarga.” 

Family Bond kini ditawarkan untuk 40,000+ orang pekerja Volvo Cars di seluruh dunia termasuk di kilang dan di pejabat. Sehingga kini, lebih 160 orang pekerja telah menerima manfaat dasar ini di seluruh dunia. 

Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, mengulas: “Dasar Family Bond menonjolkan budaya dan nilai syarikat kami.

“Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan penambahan kepada dasar cuti paterniti yang sedia ada.

“Kini bapa yang bekerja diberi cuti sehingga tujuh hari dan ibu yang bekerja pula sehingga 98 hari. Ini merupakan langkah positif yang dinanti-nantikan dan ke arah hak cuti paterniti yang lebih saksama.” – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close