Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Inflasi Di AS Naik 9.1 Peratus, Tertinggi Sejak 1981

Harga pengguna di Amerika Syarikat (AS) melonjak bulan lalu apabila kos bahan api dan makanan kekal tinggi, menyebabkan kenaikan inflasi tahunan yang tertinggi dalam tempoh 40 tahun setengah.

Ia mengukuhkan lagi sebab bagi Rizab Persekutuan (Fed) untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas akhir bulan ini.

Dalam tempoh 12 bulan sehingga Jun, Indeks Harga Pengguna (IHP) melonjak 9.1 peratus.

Kenaikan itu adalah yang tertinggi sejak November 1981 dan menyusuli kenaikan 8.6 peratus pada Mei.

Terdapat harapan bahawa perubahan dari segi perbelanjaan daripada barangan kepada perkhidmatan dapat membantu meredakan inflasi.

Namun, pasaran pekerjaan yang amat sempit telah menaikkan gaji, menyebabkan harga perkhidmatan turut meningkat.

Ahli ekonomi yang diambil pendapat oleh Reuters mengunjurkan IHP akan meningkat 1.1 peratus.

Harga pengguna sedang melonjak, dipacu oleh masalah rantaian bekalan global dan rangsangan fiskal besar daripada kerajaan pada awal pandemik COVID-19.

Perang di Ukraine, yang menyebabkan kenaikan harga makanan dan bahan api global, memburukkan lagi situasi.

Harga petrol AS mencecah rekod tertinggi pada Jun, berada purata melebihi AS$5 segelen, menurut data daripada kumpulan permotoran AAA.

Harganya mulai turun daripada kemuncak bulan lalu dan berada pada purata AS$4.631 hari ini, yang boleh mengurangkan sedikit tekanan terhadap pengguna.

Data inflasi itu menyusuli pertumbuhan pekerjaan yang lebih kukuh daripada jangkaan bulan lalu.

Ekonomi AS mewujudkan 372,000 pekerjaan bulan lalu, lapor kerajaan Jumaat lalu, dengan pengiraan lebih meluas kadar pengangguran jatuh ke paras terendah dalam sejarah. -REUTERS

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close