Duniaku TeknokratMalaysiaPilihan Editor

BANJIR: UDA Turun Padang, Salur Sumbangan RM50,000 Pek Makanan & Barangan Keperluan – Pengerusi UDA

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

“UDA Holdings Berhad (UDA) peka dan prihatin dengan komuniti terkesan akibat banjir yang tidak dijangka sekitar Lembah Klang,’ kata Pengerusinya Datuk Norliza Abdul Rahim.

Datuk Norliza Abdul Rahim

Sejak Ahad lalu, kata Norliza, UDA mengambil inisiatif menyalurkan bantuan keperluan segera berupa makanan dan keperluan asas ke beberapa buah kawasan.

UDA, syarikat pemaju hartanah, pengurusan asset, fasiliti yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) tampil menyalurkan sumbangan berjumlah RM50,000 berupa pek makanan serta barangan keperluan asas kepada komuniti yang terjejas bencana banjir di beberapa buah kawasan sekitar Lembah Klang.

Kata Norliza, sebanyak 1,000 pek makanan disalurkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Serai bagi membantu sebahagian kumpulan terjejas di Hulu Langat termasuk kakitangan UDA yang tinggal di daerah tersebut.

Pek nasi berlauk itu telah disediakan dengan kadar segera oleh AnCasa Hotels & Resorts bagi memastikan mereka dapat menikmati hidangan makan malam.

UDA juga turut menyalurkan 600 bakul makanan merangkumi bahan asas kering seperti mi segera, beras, telur, roti dan kaya ke beberapa buah PPS di Seremban/Dengkil, Shah Alam, Gombak dan Kuala Langat.

Selain itu, UDA menerusi anak syarikat UDA Dayaurus Sdn Bhd turut menghulurkan bantuan tenaga kerja di mana seramai 10 kakitangan membantu membersihkan rumah yang terjejas akibat banjir di kawasan Kuala Langat.

Norliza berkata, bantuan kecil ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban seterusnya memulihkan semangat mereka.

“Marilah kita sama-sama membantu sebagai sebuah Keluarga Malaysia,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close