Duniaku Teknokrat

Bank Muamalat Lantik Tajuddin Atan Sebagai Pengerusi Baharu

Bank Muamalat Malaysia Bhd melantik Datuk Seri Tajuddin Atan sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa esok, menggantikan Tan Sri Mohd Munir Abdul Majid yang tempoh perkhidmatannya berakhir hari ini.

 

Sebelum ini, Tajuddin berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Bursa Malaysia Bhd antara 2011 dan 2019, dan sebelum itu, beliau memegang jawatan kepimpinan di RHB Banking Group, Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan Bank Simpanan Nasional.

Bagi mengumumkan pelantikan itu dalam kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata di bawah kepimpinan Tajuddin sebagai pengerusi baharu, bank berhasrat untuk terus menawarkan budaya risiko pematuhan Syariah yang kukuh untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan Islam pilihan di negara ini.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Mohd Munir atas sumbangan dan khidmatnya yang amat berharga kepada bank terutamanya dalam menerajui pelaksanaan strategi baharu yang telah meletakkan Bank Muamalat di landasan yang tepat untuk mencapai prestasi mampan,” katanya.

Bank Muamalat adalah 70 peratus milik DRB-Hicom Bhd dan 30 peratus oleh Khazanah Nasional Bhd. – BERNAMA

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close