Duniaku TeknokratPilihan Editor

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani Sebagai Pengerusi PUNB

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mengumumkan pelantikan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Pengerusi PUNB berkuatkuasa 1 September 2023.

Beliau menggantikan penyandang sebelum ini, iaitu Datuk Ahmad Nazlan Idris yang telah melepaskan jawatan pengerusi pada 20 Disember 2022.

Acryl Sani adalah mantan Ketua Polis Negara Ke-13 bermula 4 Mei 2021 hingga 22 Jun 2023. Ketika ini, beliau juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Dagang NeXchange Berhad.

Ketika berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, beliau pernah memegang pelbagai jawatan seperti Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (2018-2020) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (2017), selain pernah menjadi Ketua Polis Negeri Perak pada 2013 serta Pesuruhjaya Polis Sarawak (2011-2013).

Beliau memiliki Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan warga kerja PUNB merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan berkenaan dan mengalu-alukan kehadiran beliau di PUNB.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close