Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

BELANJAWAN 2021: Prihatin Kepada Rakyat & Menepati Jangkaan Pasaran Dalam Mengurangkan Beban Rakyat Dan Terus Menyokong Pemulihan Ekonomi – Majlis Senator Malaysia

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Prihatin kepada rakyat !

Menepati jangkaan pasaran dalam mengurangkan beban rakyat !

Belanjawan 2021 terus menyokong pemulihan ekonomi !

Ini antara rumusan yang disifatkan Majlis Senator Malaysia (MSM) terhadap pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada 6 November 2020.

Timbalan Presidennya yang juga seorang Ahli Dewan Negara, Datuk Razali Idris berpandangan peruntukan dan insentif yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 adalah prihatin kepada rakyat serta menepati jangkaan pasaran dalam mengurangkan beban rakyat dan terus menyokong pemulihan ekonomi.

“Saya menyifatkan Belanjawan 2021 bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama” yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan (YBM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) di Parlimen hari ini (semalam) memenuhi kehendak dan keperluan rakyat dalam mendepani ekonomi yang mencabar dan pandemik COVID-19,” katanya.

Berdasarkan pembentangan belanjawan, menurut Razali, ia dirangka berdasarkan Tiga Matlamat Induk iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Ekonomi dan Ketahanan Ekonomi.

“Saya mengalu-alukan kepada kerajaan yang bercadang menaikkan siling Kumpulan Wang COVID-19 sebanyak RM20 bilion kepada RM65 billion untuk membiayai pakej bantuan tambahan KITA PRIHATIN.

“Sehubungan itu, saya menyifatkan peruntukan dan insentif yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 adalah prihatin kepada rakyat serta menepati jangkaan pasaran dalam mengurangkan beban rakyat dan terus menyokong pemulihan ekonomi.

Sebagai contoh kepada golongan B40 dan M40 serta berita baik bagi mereka yang memerlukan, yang mana kerajaan membenarkan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak maksimum RM6,000 atau RM500 sebulan,” ujar Razali lagi.

Beliau juga memberi contoh Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) juga diperkasakan dengan skim lebih komprehensif, iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang memberikan bantuan lebih banyak dan mencakupi lebih ramai rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Walaupun moratorium tidak dilakukan secara automatik, namun, kerajaan begitu prihatin dengan memberikan opsyen kepada golongan B40. Ini adalah satu permulaan yang baik.

“Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius dinaikkan kepada RM8,000 daripada RM6,000, manakala bantuan RM1,200 diberi kepada isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak.

“Saya juga mengalu-alukan cukai pendapatan individu diturunkan sebanyak satu mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 serta kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada sembilan peratus mulai Januari 2021, ” jelas Razali.

Menerusi perspektif yang lebih luas, Razali turut melihat peningkatan bantuan kepada petani, peladang, nelayan juga dialu-alukan, selain penumpuan khusus diberikan kepada golongan wanita dan juga belia.

“Secara keseluruhan, ini adalah belanjawan yang prihatin rakyat dan menumpukan dasar yang begitu bersasar terutamanya kepada golongan B40 dan juga M40.

Oleh itu, belanjawan yang menyeluruh akan memantapkan usaha kerajaan untuk menstabilkan ekonomi negara yang terkesan akibat impak negatif yang dicetuskan pandemik.

“Saya jangka jangka tinjauan ekonomi Malaysia akan kekal stabil untuk jangka panjang dan Malaysia akan terus menjadi perhatian pelabur asing,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close